Be Urban Wellness
Menawarkan hampir semua perkhidmatan daripada kelas kecergasan dan meditasi untuk melangsingkan badan, rawatan spa, ruang oksigen, rawatan muka dan terapi pemakanan dan bio-scan (penilaian aliran tenaga dan kerja dalam sistem tubuh). Gimnasium dan bilik yoga yang serba lengkap juga disediakan, dan kedua-dua bilik persalinan lelaki dan wanita dilengkapi dengan sauna, bilik infra-merah, stim dan jakuzi.
Sebelum datang ke spa ini, telefon dahulu supaya tempat letak kereta anda dapat diuruskan oleh pihak spa. RM5,300 keahlian tahunan (bekerja seperti kredit prabayar, boleh ditebus pada perkhidmatan, rawatan, akses gym dll, harga ahli untuk rawatan sehingga 50 peratus off). Untuk kadar biasa atau harian, rawatan daripada RM220, latihan peribadi Floatation tank daripada RM100.
Alamat: 11th Floor, Work@Clearwater, Changkat Semantan, Damansara Heights, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, 50490
Telefon: 03 2095 1999
Website: www.beurbanwellness.com
Waktu operasi: Isnin-Jumaat, 7am-10pm; Sabtu-Ahad, 7am-8pm
Hammam Publika
Menyediakan rawatan urut menggunakan Hammam’s signature blend of oil, frankincense, myrrh dan sandalwood. Anda juga boleh datang ke sini untuk membuang sel dan kulit mati di badan dengan rawatan full body scrub, bagi mendapatkan kulit badan yang lebih mulus dan licin.
Hammam and terapi gomage bermula daripada RM150.
Alamat: Level G4, Publika, 1 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, 50480
Telefon: 03 6201 0881
Website: www.facebook.com/hammam.spas
Spa Village
Sebuah tempat percutian dalam KL, Spa Village yang mewah sesuai untuk mereka yang terlalu sibuk untuk mendapatkan cuti daripada rutin harian mereka untuk berehat dan meremajakan diri. Terapi urban ini merangkumi daripada rawatan Melayu yang paling tradisional, melalui Sensory Room, yang menyediakan gabungan sensasi deria (contoh: aromaterapi, bunyi semula jadi, kulit kepala dan urut kaki), bagi meningkatkan kesedaran dan menemui semula kekuatan lima deria anda. Rawatan datang dalam pakej individu atau pasangan. Untuk penjagaan kulit, produk dari Sweden yang terkenal di dunia, Kerstin Florian digunakan.
Alamat: The Ritz-Carlton Kuala Lumpur, 168 Jalan Imbi, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Telefon: 03 2782 9090
Website: www.spavillage.com/kualalumpur
Waktu operasi: Setiap hari, 10am-10pm
Donna Spa
Bagus untuk dapatkan khidmat urut pemulihan. Pakej Value Scrub Spa 2 jam datang dengan scrub kopi (menggunakan serbuk kopi yang diimport dari India) bagi melicinkan kulit. Mandi susu kelopak mawar (RM220) untuk rehydrate kulit kering turut disediakan.
Alamat: Pamper Floor, Starhill Gallery, 181 Jalan Bukit Bintang, KL City Centre, Kuala Lumpur, 55100
Telefon: 03 2141 89990
Website: www.starhillgallery.com
Dry Parlour
Dry Parlour boleh dikatakan bar blow-dry yang pertama di Malaysia. Ini bukan standard salun rambut anda kerana ia tidak menawarkan pemotongan atau perkhidmatan pewarna, hanya cucian dan blow – tetapi dengan produk premium daripada jenama penjagaan rambut profesional Sachajuan dan Previa.
Harga yang berpatutan, dengan cucian dan blow ditetapkan pada RM48, tanpa mengira gaya rambut dan panjang. Terdapat enam gaya untuk dipilih (kami mencadangkan ‘Beach Head’). Jika anda mahu untuk memanjangkan rawatan rambut, ada add-ons yang bermula daripada RM15: hair booster, urut kepala, cucian untuk kanak-kanak dan juga cucian dan blow dry untuk lelaki.
Alamat: Lower Ground Floor, Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar, Kuala Lumpur, 59100
Telefon: 03 2202 0221
Website: www.dryparlour.com
Waktu operasi: Setiap hari, 10am-7pm
Energy Day Spa
Mengambil pendekatan holistik untuk kesihatan, spa ini menggabungkan terapi alternatif seperti Reiki, Pilates dan rejim kesihatan lain ke dalam terapi spa-nya. Produk penjagaan kulit Swiss digunakan untuk rawatan muka.
Alamat: Level 4, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang, KL City Centre, Kuala Lumpur, 50450
Telefon: 03 4256 8833
Website: www.energymindbodyspirit.com
Vila Manja
Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, banglo dua tingkat ini adalah tempat yang sempurna untuk dituju selepas hari yang memenatkan di tempat kerja. Terdapat pelbagai perkhidmatan terapi disediakan terhadap individu dan pasangan. Spa ini juga menjadi tempat bagi acara swasta seperti majlis hari jadi dan bridal shower.
Alamat: 41 Jalan Damai, Off Jalan Tun Razak, KL City Centre, Kuala Lumpur, 55000
Telefon: 03 2161 5418
Website: www.vilamanja.com
Waktu operasi: Rabu-Isnin, 10am-10pm