Antara soalan harian yang paling sukar untuk diselesaikan adalah — “Nak makan apa tengahari nanti?” / “Nak makan di mana tengahari nanti?”, betul bukan? Tambahan pula jika anda merupakan seorang yang bekerjaya dan selalu sibuk di pejabat, sehinggakan tiada masa untuk keluar membeli makanan. Akhirnya, anda akan terjebak dengan makanan ringan yang kurang berkhasiat.
Atas sebab itu, hari ini Wanista ingin kongsikan kepada anda 6 makanan delivery terbaik sekitar Lembah Klang dan Terengganu yang wajib anda cuba. Paling penting, kesemua makanan ini adalah homemade dengan harga yang cukup berpatutan!
Mudah sahaja, anda hanya perlu memesan menu yang disediakan oleh mereka, dan ia akan dihantar terus ke pintu rumah atau pejabat anda!
1. A Good Maid
Instagram: agoodmaid
Kawasan Penghantaran: Sekitar Lembah Klang.
Antara menu yang ditawarkan adalah seperti Nasi Minyak + Ayam Dendeng Ketuk + Jelatah + Dalca, Grilled Chicken Rice, Nasi Goreng Ayam, Grilled Chicken, Beef / Chicken Lasagna, Spaghetti Bella Belly, Banana Cheese Cake, Mocha Puff, dan pelbagai lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari Instagram mereka seperti yang tertera di atas, atau SMS / Whatsapp di talian 011-23007800.
2. GoFresh
Instagram: gofresh.my
Facebook: GoFresh
Kawasan Penghantaran: Sekitar Lembah Klang.
Lokasi Jualan: Jalan Tengah, Kuala Lumpur (Isnin – Khamis, 12PM – 2PM).
Antara menu yang ditawarkan adalah seperti Blackpepper Grilled Chicken, Roasted Chicken & Mash, Teriyaki Chicken Rice, Lamb Kebab, Sandwich, Baked Chicken Macaroni with steamed mixed Vege, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari Instagram dan Facebook mereka seperti yang tertera di atas, atau telefon / Whatsapp di talian 019-6003011 / 019-6712892.
3. Dietliciouss
Instagram: dietliciouss / dietliciouss.delivery
Laman Web: dietliciouss
Kawasan Penghantaran: Sekitar Lembah Klang.
Antara menu berkhasiat yang disediakan untuk tempahan adalah Green Chili Pasta with Grill Chicken and Corn Salads, Baked Fish with Pizza Topping & Beans Salad, Salmon Pesto, Hot Peri Peri Chicken served with Corn Corb Milk & Spicy Sweet Potato, Tilapia (Fin Fish) in Sweet & Sour Sauce, Brown Rice and Veggie, Percik Chicken Breast with Spicy Cous Cous & Acar Plum Sauce, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari Instagram dan laman web mereka seperti yang tertera di atas, atau hubungi mereka di talian 012-6105300.
4. Orderdantapau
Instagram: orderdantapau
Kawasan Penghantaran: Subang Jaya, USJ dan Bandar Sunway.
Antara menu yang ditawarkan untuk tempahan adalah seperti Ikan Lemak Cili Api, Ayam Cili Padi, Spaghetti Meatballs, Asam Pedas Ikan, Black Pepper Beef, Kari Ayam, Gulai Lemak Ayam, Squid Ink Spaghetti, Honey Grilled Chicken, Asam Pedas Ayam, dan pelbagai lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari Instagram mereka seperti yang tertera di atas, atau Whatsapp mereka di talian 011-23037220.
5. D’LunchBox
Instagram: d_lunchbox
Kawasan Penghantaran: Puchong, USJ, Subang dan Sunway.
Antara menu yang disediakan untuk tempahan adalah Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Acar Timun, Udang Masak Sambal Tumis Petai + Cabbage Masak Lemak, Omelette + Nasi Putih, Sambal Ikan Keli + Pucuk Ubi Masak Lemak + Belacan, Nasi Goreng Kampung, Bihun Sup, dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari Instagram mereka seperti yang tertera di atas, atau hubungi mereka di talian 014-6698050 / 011-33012701.
6. Beelicious
Instagram: beelicious_homemade
Facebook: Beelicious_homemade
Kawasan Penghantaran: UMT, UNISZA, Tok Jembal, Gong Badak dan kawasan sekitar.
Antara menu menarik yang ditawarkan khusus buat warga Terengganu adalah Aglio Olio with Grilled Cajun Chicken, Nasi Ayam Penyet, Sloopy Noodles with Minced Beef, Aglio Olio with Pan-Fried Salmon, Spicy Pasta with Honey Grilled Chicken, dan pelbagai lagi.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila layari Instagram dan Facebook mereka seperti yang tertera di atas, atau SMS / Whatsapp mereka di talian 012-2346135.
Terliurnya tengok! Jom order?!