Nusret Gökçe, chef dari Turki yang mencipta nama malah terkenal di serata dunia kerana menggunakan cara tersendiri untuk menabur garam dalam masakan hingga dikenali sebagai Salt Bae.
Semalam, beliau mencuri tumpuan ketika membuang kertas undi dalam proses pungutan suara di negara berkenaan. Cara beliau memegang kertas undi sama seperti ketika menabur garam dalam masakan.
Sementara itu Nusret menjadi terkenal apabila video yang memaparkannya memotong daging dan menabur garam menjadi viral serta ditonton lebih 12 juta kali. Ia juga menjadikan orang ramai di seluruh negara cuba meniru Nusret.
Bahkan, disebabkan popularitinya, pelakon Leonardo DiCaprio turut mengunjungi restoran Nusret di Dubai dan telah makan daging stik yang disediakan sendiri oleh Nusret.