Bagi yang ingin pergi melancong ke Bali, Indonesia, pastikan perlu dua perkara ini : Tiket penerbangan dan juga hotel. Mungkin ada di antara anda yang tahu, Bali merupakan sebuah pulau yang kaya dengan budaya dan untuk itu hotel yang unik mesti menjadi pilihan para pengunjung. Kali ini, penulis ingin membuat reviu mengenai hotel yang telah dikunjungi semasa berada di Bali dengan hotel yang ditempah dari laman web penempahan hotel terbesar iaitu Agoda.com.
Agoda.com merupakan platfrom yang memudahkan pengguna menempah hotel dengan harga yang berpatutan dengan beribu-ribu pilihan hotel di seluruh dunia serta mempunyai lebih 7 juta review hotel dari pengguna setia Agoda.com sendiri. Menarik kan?
Penulis telah membuat tempahan hotel di Bali semasa Agoda.com menjalankan promosi Visa Wednesdays dimana pihak Visa dan Agoda.com menjalankan siri Visa Rabu ( Visa Wednesdays ) , yang menawarkan diskaun tambahan sehingga 12 % untuk semua tempahan yang dibuat pada hari Rabu dengan menggunakan kad Visa sehingga Jun lepas.
Review : Bali Agung Village Hotel
Bali Agung Village Hotel ini terletak berhampiran pantai Seminyak iaitu hanya 5 minit berjalan kaki dengan hanya 15 minit jarak memandu dari lapangan kapal terbang dan lokasinya amat sesuai bagi mereka yang ingin berbulan madu ataupun yang datang bersama keluarga. Hotel ini bertaraf 3 bintang ini mempunyai seleksi bilik Standard Villa dan Deluxe Villa.
Hotel ini dekat dengan pusat Bandar, restoran dan Jalanraya Seminyak yang popular dengan pelbagai kedai yang menjual cenderahati. Bilik dan vila hotel tersebut mempunyai reka bentuk Bali tradisional memberikan penginap perasaan yang unik di Bali. Restoran hotel ini menawarkan hidangan Europa, Cina dan Indonesia serta makan malam dengan menikmati persembahan gala tari Bali dan muzik.
Lokasi menarik yang paling hampir dengan Bali Agung Village Hotel termasuk :
- Pantai Legian
- Bandar Kuta
- Taman Waterbom
- Spa
Antara ciri-ciri menarik hotel ini termasuklah :
- meja penyambut tetamu 24-jam
- perkhidmatan di bilik 24-jam
- pemindahan dari/ke lapangan terbang
- penjagaan bayi
- kemudahan BBQ
- sewa basikal
- pusat perniagaan
- sewa kereta
- tempat letak kereta
- kedai kopi
- tukaran matawang
- daftar masuk/daftar keluar ekspres
- perkhidmatan dobi
- perpustakaan
- simpanan bagasi
- surat khabar
- kolam renang
- WiFi
Harga
Berbeza mengikut tarikh pilihan tetapi jika anda membuat penempahan di Agoda.com, diskaun sehingga 60% diberikan dengan harga sewa bilik sekitar RM150 hingga RM300+ semalam.
Review
Memang kami rasakan amat berbaloi menginap disini dengan sarapan yang dihidangkan mempunyai pilihan yang banyak serta bilik hotel dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan hiasan tradisional Bali. Bagi yang suka bergambar, kawasan hotel yang amat cantik ini sesuai dijadikan latar dengan pohon nan hijau, bunga-bungaan, serta ukiran batu cantik ala Bali di sekitar hotel.
Bagi yang suka privasi, pastinya menyukai hotel ini kerana lokasi bilik tidak terlalu dekat dan sesuai dengan mereka yang membawa anak kecil serta berbulan madu.
Tips Melancong Ke Bali
- Jika anda ingin menyewa kenderaan seperti skuter dan pemandu kereta seharian, anda boleh membuat tempahan di lobi hotel ( penyambut tetamu ) kerana harga sewa yang ditawarkan amat berbaloi dan lebih murah.
- Bagi yang ingin pergi ke tempat tarikan pelancong seperti Tanah Lot, Gunung Batur, Legian, Goa Gajah, Ubud, anda digalakkan menempah lebih awal ‘supir’ yang anda inginkan.
- Terdapat pelbagai seleksi kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati di Bali. Jika anda ingin membeli cenderahati dengan harga yang murah, anda boleh pergi ke kedai Krisna ( Pusat Oleh-Oleh Khas Bali terbesar ) yang terletak di Jl. Sunset Road.
- Buat tawaran harga 50% lebih murah daripada harga yang penjual tawarkan.