Resepi Pengat Labu yang amat sedap.
Bahan-bahan
- separuh biji buah Labu ( dipotong dadu )
- 1-2 biji gula melaka ( saiz sederhana )
- 1 paket Santan
- segenggam Sagu
- sedikit air
- 2 helai daun pandan
Cara-cara
1. Masukkan labu, daun pandan di dalam periuk dan masukkan air hingga boleh menenggelamkan labu yang telah dipotong dadu kemudian didihkan. Tambahkan sagu jika mahu.
2. Bila labu dah lembut ( lebih kurang 20-30minit), masukkan santan dan gula melaka/kabung. Biar hingga gula betul-betul cair. Masak hingga sagu benar-benar kembang.
3. Hidangkan ketika panas atau sejuk.