Baru-baru ini Xiaomi telah memperkenalkan telefon Redmi Note 8 Pro dengan fungsi kuad kamera 64mp yang pertama di Malaysia dengan harga RM1099. Telefon kategori mid-range ini merupakan telefon pintar pertama dengan fungsi kamera 64mp, ia menjadikan telefon bimbit pintar dengan fungsi kamera yang ideal untuk pencinta seni fotografi dengan kualiti kamera seperti kamera professional!.
Telefon bimbit Redmi Note 8 Pro ini menggunakan cip daripada MediaTek Helio G90T dengan sokongan kuasa AnTuTu skor sebanyak 283,333 di mana ia merupakan nilai spesifikasi terbaik untuk gamers dan pencinta gajet yang inginkan kualiti persembahan yang terbaik.
Bukan itu sahaja, Xiaomi juga melancarkan telefon Redmi Note 8 dengan harga permulaan serendah RM599 sahaja. Telefon bimbit Redmi Note 8 di datangi dengan fungsi kuad kamera 48mp dengan resolusi yang tinggi. Malah telefon ini juga hadir dengan tiga variasi warna yang cukup memukau mata yang memandangnya
Tambahan lagi semasa pelancaran telefon bimbit baru tersebut, Redmi juga tampilkan tiga produk terbaru iaitu Mi True Wireless Earbuds, Mi True Wireless Earbuds Basic dan Mi True Wireless Earphones sebagai gandingan untuk telefon bimbit Redmi Note 8 series ini.
Redmi Note 8 Pro
Fungsi Kuad Kamera 64mp Yang Gempak
Dengan fungsi kuad kamera 64mp ia mampu menghasilkan kualiti fotografi standing kamera DSLR professional. Tambahan lagi kamera ini juga mampu menangkap gambar dengan keluasan imej setinggi 3.26 meter ke dalam satu frame kamera dengan mudah. Malah kamera ini juga memiliki teknologi AI, ultra-wide-angle, pandangan kamera 120 darjah, kamera makro dan juga pengesan depth kamera yang sekaligus menjadikan kamera telefon dengan fungsi yang versatile.
Rekaan Yang Elegan
Redmi Note 8 Pro ini di reka dengan menggunakan Corning Gorilla Glass 5 pada bahagian depan dan belakang telefon bimbit yang menjadikannya sebuah telefon bimbit yang tahan lasak, kuat dan kalis air. Telefon ini di datangi dengan tiga warna pilihan iaitu Mineral Grey, Pearl White dan Forest Green dan ketiga-tiga warna ini pastinya akan membuatkan pencinta gajet tidak berkelip mata!
Persembahan Terbaik Untuk Para Gamers!
Telefon bimbit Redmi Note 8 Pro ini menggunakan MediaTek Helio G90T Bersama Octa-Core CPU dengan fungsi kepantasan 2.05Hz untuk kegunaan harian. Bukan itu saja, Arm Mali-G76 3EEMC4 GPU yang terdapat pada dalaman telefon memberikan kepuasan gaming yang cukup gempak. Tambahan lagi untuk Redmi Note series ini, mereka menggunakan teknologi LiquidCool yang merupakan bahan berkualiti tinggi dalam menangkis masalah overheat ketika bermain permainan dalam telefon.
Kapasiti Bateri 4500mAh
Kappasiti bateri yang banyak dan tahan lama memberikan kepuasan bermain game tanpa perlu rasa risau dan ia juga memiliki mod penyimpan tenaga dengan larasan pencerahan cahaya bagi membantu pengguna untuk meminimakan penggunaan tenaga bateri.
Harga Yang Cukup Berpatutan & Istimewa!
Siapa sangka telefon bimbit yang cukup elegan dengan fungsi yang gempak ini dijual dengan harga yang cukup memukau! Bermula pada 12 Oktober 2019, Redmi Note 8 Pro akan di jual pada harga RM1099 untuk 6GB RAM + 64GB ROM dan manakala untuk versi 6GB RAM + 128GB ROM di jual pada harga RM1199. Kedua-dua versi ini boleh di dapati di Lazada, Shopee dan kesemua stor Mi di Malaysia.
Manakala bagi yang ingin membuat pra-pesanan untuk Redmi Note 8 Pro, pelanggan boleh mula membuat pesanan bermula dari 8 Oktober 2019 sehingga 11 Oktober 2019. Setiap pesanan bagi versi 6GB RAM + 64GB ROM di datangi dengan harga istimewa buat early bird dengan harga RM999 dan hanya boleh di dapati menerusi Lazada dan Shopee
Dan bermula pada 8 Oktober 2019 sehingga 11 Oktober 2019 untuk setiap pra-pesanan bagi telefon versi 6GB RAM + 64GB ROM akan mendapaat Black Shark Gaming Controller Left yang bernilai RM169. Pra-pesanan ini boleh di buat menerusi Lazada, Shopee, dan ke semua stor terpilih Mi di seluruh Malaysia.
Redmi Note 8
Kuad Kamera 48MP All-Star
Redmi Note 8 memiliki fungsi kuad kamera all-star di mana ia menawar visual FHD+ yang memberi pengalaman visual 90% screen-to-body ratio. Tambahan lagi dengan display TUV Rheinland-certified yang menawarkan pengalaman visual yang bertapis dengan cahaya biru di mana ia dapat melindungi mata pengguna daripada keletihan.
Cip Set Gempak & Kapasiti Bateri Yang Hebat
Untuk telefon Redmi Note 8 ini, ia menggunakan cip set daripada Qualcomm Snapdragon 665 yang mana ia dapat memberi persembahan yang cukup bertenaga. Di tambah pula dengan sokongan teknologi AI dengan peningkatan tenaga yang efektif dan berkesan. Bukan itu saja, kapasiti bateri sebanyak 4000mAh memberikan jaminan ketahanan tenaga yang hebat dan tahan lama.
Harga Yang Murah & Berbaloi!
Bermula pada 12 Oktober 2019, telefon Redmi Note 8 dengan versi 4GB RAM + 64GB ROM akan di jual dengan harga RM799 dan ia di datangi dengan tiga pilihan warna iaitu Space Black, Neptune Blue dan Moonlight White. Ia boleh di dapati menerusi Lazada, Shopee dan ke semua stor terpilih Mi di seluruh Malaysia.
Manakala bagi yang ingin membuat pra-pesanan ia bermula pada 8 Oktober 2019 sehingga 11 Oktober 2019 untuk telefon versi 4GB RAM + 64GB ROM dan setiap pra-pesanan telefon versi ini akan mendapat Mi True Wireless Earbuds Basic yang bernilai RM99 secara percuma.
Untuk telefon Redmi Note 8 versi 3GB RAM + 32GB ROM ia akan di jual pada harga RM599 dan telefon versi 4GB RAM + 128GB ROM akan di jual pada harga RM899.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan telefon bimbit Redmi yang terbaru Bersama produk Mi yang lain untuk pengalaman yang hebat dengan harga yang murah dan berbaloi!