Aktres filem bersiri ‘Pitch Perfect’ Rebel Wilson, nampaknya menjadikan tahun 2020 sebagai “Tahun Kesihatan” buat dirinya. Baru-baru ini Rebel memuatnaik gambarnya bersama seorang jurulatih di gimnasium, melihat penampilan Rebel yang terkini membuatkan ramai yang terpegun dengan perubahan pada dirinya.
Malah jurulatih peribadi yang melatih Rebel juga memuatnaik ‘workout’ yang dilakukan oleh Rebel, rata-rata netizen terkejut melihat aktiviti ‘gila’ yang dilakukan oleh aktres berkenaan.
Rebel yang di latih oleh jurulatih peribadi terkenal iaitu Jono Castano, menyediakan menu rutin latihan yang harus diikuti oleh Rebel.
Workout Sparta Rebel Wilson!
Menurut Rebel, demi menjadikan tahun ini tahun kesihatan, Rebel banyak memberi fokus melakukan aktiviti sukan dan banyakkan berjalan. Selain itu, Rebel juga sangat mengawal gaya pemakanannya dengan mengelakkan pengambilan gula dan juga makanan segera.
Meski ia sukar, Rebel tetap meneruskan rutin gaya pemakanan yang sihat berserta dengan aktiviti ‘workout’ di gym. Dan hasilnya Rebel berjaya menurunkan berat badan, serta tubuhnya juga mula berubah bentuk. Nampak curvy Rebel yang mengancam tu!
Menerusi video yang dimuatnaik di akaun instagram jurulatih Rebel, Jono Castano, di dalam video tersebut Rebel di lihat melakukan ‘battle rope’ atau tali tempur yang merupakan rutin senaman berintensiti tinggi.
Ia melibatkan pergerakan berselang yang pantas dan berubah-ubah dengan tempoh rehat yang kurang. Melihat Rebel melakukan aktiviti ‘battle rope’ ini, macam nak tercabut lengan!
Menariknya workout sebegini dapat meningkatkan keupayaan aerobik, anaerobik, tahap testosteron dan meningkatkan metabolisma diri. Jadi tidak hairanlah, Rebel dapat menurunkan berat badan dan bentuk fizikalnya berubah secara mendadak. Kerana aktiviti ini merupakan senaman berintensiti tinggi!
Jadi Kurus Secara Tak Sengaja Semasa Penggambaran Filem Cats
Sebelum Rebel melakukan workout gila pada tahun ini, Rebel menceritakan dirinya secara ‘tidak sengaja’ kehilangan berat badan semasa berlakon dalam filem Cats.
Menurut Rebel, oleh kerana babak tarian yang berintensiti tinggi, kumpulan kreatif filem telah menjadikan set penggambaran seolah-olah berada di sauna.
Sepanjang penggambaran tersebut, Rebel kehilangan 8 pound atau 3.6 kilogram dalam masa empat hari. Menurut Rebel lagi, suhu di set penggambaran hampir mencecah 100 Fahrenheit persamaan 37.7 darjah selsius.
Semoga Rebel berjaya mengecapi matlamatnya untuk menjadikan tahun ini sebagai ‘Tahun Kesihatan’ buat dirinya.
Ada yang bermotivasi ingin melakukan workout macam Rebel ni tak?