Kecantikan aktress Bollywood, Priyanka Chopra tidak dapat ditandingi. Malah beliau juga pernah dinobatkan sebagai ‘Wanita Paling Seksi di Asia’ tahun 2017, Wanita Tercantik Di Dunia dan Artis Paling Popular Di Dunia. Fuh!
Kalau anda fikir tiada siapa memiliki kecantikan bak Priyanka, anda silap. Baru-baru ini kecoh di Twitter apabila sebilangan dari peminat telah berkongsi gambar seorang model kulit hitam yang seiras Priyanka!
https://twitter.com/ysmnly/status/965963739261554689
Model asal Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Megan Milan memang saling tak tumpah rautnya wajahnya. Berbibir penuh, rahang yang tajam dan mata galak buat mereka tampak seperti kembar jauh!
Apa yang membuat Megan sedikit berbeza dari Priyanka mungkin dari bentuk kening, hidung dan muka. Namun gaya seksi dari mereka tetap terserlah tanpa berlebihan. Wanista teringin tahu apa reaksi Priyanka bila dapat tahu beliau rupanya ada seorang ‘kembar’?