Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Orang cantik biasanya adalah orang yang berkulit cerah. Betul ke?
Atas sebab berkenaan, hari ini kami kongsikan petua untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah. Petua ini menitik-beratkan penggunaan ramuan bahan asli yang lebih baik daripada menggunakan krim pencerah yang kebiasaannya mengandungi pelbagai bahan kimia yang berkemungkinan akan memudaratkan kulit wajah. Jom tengok petua yang berguna untuk mencerahkan kulit wajah:
Petua 1
Ambil dua sudu beras dan kisar hingga halus. Kemudian, campurkan dengan satu sudu madu bersama sedikit teh pekat. Gaulkan hingga kesemua campuran itu menjadi krim pekat. Sapukan krim tersebut pada wajah. Kemudian, biarkan ia mengering dengan sendiri, setelah itu barulah dibilas dengan air sehingga bersih.
Petua 2
Sediakan satu sudu kacang dan enam biji badam. Rendamkan kesemuanya di dalam bekas berisi air panas dan biarkan semalaman. Esoknya, kisarkan bahan-bahan tersebut dengan pengisar atau tumbuk menggunakan lesung batu hingga halus. Sapukan pada wajah dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih.
Petua 3
Pukul sebiji telur ayam dan campurkan dengan satu setengah cawan minyak kelapa beserta satu sudu madu. Kacau sehingga rata dan pekat. Setelah itu, simpan dalam peti sejuk selama satu jam sebelum disapu pada wajah. Biarkan selama setengah jam, kemudian barulah dibilas dengan air sehingga bersih.
Sumber: www.petuatradisional.com