Menurut laporan TMZ, Kesha memasuki pusat pemulihan pada Jumaat lalu kerana masalah eating disorder. Malah, difaham Kesha merupakan penggemar vegetarian. Dalam kenyataan yang dikeluarkan TMZ, penyanyi berusia 26 tahun ini menjelaskan “saya sukar untuk mempercayai, menyayangi diri sendiri, saya dapati saya sukar melakukan itu semua, jadi melalui rawatan ini saya harap dapat mengenali diri sendiri dan cuba menyayangi diri sendiri dengan mendalam.”
Difahamkan pusat pemulihan yang Kesha masuk sekarang ini merupakan pusat pemulihan yang sama Demi Lovato pernah pergi disebabkan masalah gangguan makanan dan masalah emosi lain pada tahun 2010. Diharap selepas Kesha keluar daripada pusat pemulihan, dia akan lebih bersih dan sihat.