Sebagai sebuah syarikat yang fokus untuk meningkatkan kehidupan manusia menerusi inovasi penuh makna, Philips faham bahawa apabila menyentuh tentang mencukur, wajah lelaki berdepan cabaran sama pada setiap hari – mendapatkan cukuran yang sekemas mungkin.
Demi mencapai semua ini, Philips telah bekerjasama dengan pakar yang merintis pelancongan angkasa lepas secara komersial, XCOR Space Expeditions untuk menguji teknologi cukuran elektrik terbaharu dalam persekitaran Sifar-G (graviti). Hasilnya, pencukur Philips siri 9000, pencukur termaju setakat ini nyata berupaya menawarkan cukuran yang terbaik di mana-mana sahaja, tanpa berkompromi dari segi keselesaan, kawalan atau pilihan.
Pencukur Philips siri 9000 memiliki pelbagai ciri yang direka untuk memberikan kualiti cukuran sempurna setiap kali digunakan. Sebagai contoh, bagi mencukur bulu di kawasan yang sukar dicapai, di mana bulu boleh tumbuh dari arah berbeza, lelaki terpaksa mencukur dengan kerap di kawasan yang sama pada wajah atau leher mereka. Ini boleh menyebabkan kulit menjadi sensitif dan gatal, akhirnya mereka berasa kecewa.
Jadi, pencukur ini hadir bersama inovasi-inovasi intuitif yang telah diuji ke peringkat tertinggi seperti teknologi pengesan Kontur dan bilah-bilah pisau V-Track Precision yang unik. Hasilnya, Pencukur Philips siri 9000 mampu mengesan dan mencapai setiap kontur wajah bagi menawar cukuran yang paling licin kepada golongan lelaki.
Inovasi yang menawarkan anda kawalan lebih baik
- Pencukur Philips siri 9000 dilengkapi bilah-bilah pisau V-Track yang tepat – ia merupakan sistem mencukur yang tiada seumpamanya di dunia ini dan mampu memotong bulu atau rambut dengan efektif
- Dengan sentuhan satu butang, sistem SmartClean yang unik akan membersih, mengering, mengecaj dan melincirkan Pencukur Philips siri 9000. Jadi ia akan mencukur seperti sebuah pencukur baharu setiap kali digunakan
- Tetapan peribadi membolehkan pengguna mengubah suai pencukur ini untuk dipadankan dengan jenis kulit dan rambut bagi memberikan keselesaan optimum pada semua bahagian wajah dan leher
- Model-model tertentu dilengkapi sistem SmartClean untuk tujuan pembersihan yang lebih mudah
Pencukur Philips siri 9000 baharu ditawarkan pada harga runcit bermula RM899 hingga RM1,799 seunit. Produk ini boleh didapati di kedai-kedai barangan terpilih, outlet runcit berjenama dan di laman web: www.blipmy.com. Maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.philips.com.my.