Pelakon muda Afrika-Amerika , Daniele Watts, yang dikenali dengan peranannya dalam filem Quentin Tarantino “Django Unchained” dan rancangan televisyen “Partners” telah ditahan polis di Hollywood, selepas mereka melihat dia mencium seorang lelaki ( yang merupakan suaminya ) di kaki lima dan menyangka dia seorang PELACUR.
Dia menceritakan pengalaman dahsyat itu di laman Facebooknya, di mana polis menghampiri pasangan itu apabila melihat dia memeluk dan mencium suaminya di khalayak ramai. Mereka menuduh beliau meminta habuan seksual, menganggap suaminya telah mengupahnya. Watts, yang ketika itu memakai t-shirt, seluar pendek dan kasut sukan amat terkejut dengan dakwaan itu dan enggan memberi kad pengenalan dirinya kepada pihak polis. Jadi mereka menggarinya dan menyuruh Watts bersandar di belakang kereta polis.
Seorang jurucakap LAPD memberitahu tiada pertuduhan difailkan, dan mereka tidak mempunyai rekod kejadian kerana polis itu tersedar yang mereka telah menahan seorang rakyat Amerika biasa dan bukanlah seorang pelacur. Peminatnya yang berang menyuruh Watts menfailkan aduan mengenai keganasan polis tersebut. Ini bukan pertama kali terjadi di Amerika dimana pihak polis telah melakukan kekasaran terhadap orang awam dan terlepas begitu sahaja.
Pengalaman Watts menekankan satu lagi aspek di mana walaupun dia seorang selebriti berkulit hitam, tidak semestinya dia tidak akan disasarkan, disiasat dan diganggu.
Sumber : The Independent