Pelakon terkenal Indonesia Alex Komang dilaporkan meninggal dunia di Semarang, Indonesia pada Jumaat. Anak saudaranya Izar Fauzi mengesahkan berita sedih itu di Rumah Sakit Umum Pusat, Kariadi Semarang, Indonesia.
Menurut pihak keluarga, Alex Komang mengidap penyakit Hepatitis B. Direktur Umum dan Operasional RSUP Dr Darwito berkata Alex sebelum ini menderita penyakit perut yang kronik dan menjalani rawatan sejak Disember 2014.
Alex sebelum ini pernah membintangi dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin dengan memegang watak Gusti Adipati Handaya Ningrat dan juga filem arahan U-Wei Haji Shaari, Hanyut. Pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar turut mengumumkan berita kematian pelakon itu menerusi akaun Twitternya. Antara filem yang pernah dibintanginya, Laskar Pelangi (2008), dan Rome Juliet (2009).
Astro Awani