Sejak banyak mendapat undangan kenduri kahwin ni, penulis seringlah membuat kajian tentang kain. Maklumlah, penulis ni agak cerewet sikit pasal baju kenduri-kendara. Lebih-lebih lagi bila kita akan berulang kali jumpa muka yang sama.
Minggu ni kawan kelas kahwin, minggu depan pun kawan kelas yang seorang lagi pula kahwin. Hmm, memang balik-balik asyik jumpa muka orang-orang yang sama. Jadi, nak tak nak kenalah pakai baju yang berbeza-beza. Walaupun kita hanya tetamu, tapi kita mestilah nak nampak vogue kan?
Apabila ke kedai kain, lazimnya terdapat dua jenis bidang kain yang akan ditawarkan termasuklah bidang 45 dan bidang 60.
Tetapi, pernahkan anda terifikir apakah perbezaan antara dua bidang ini?
Menurut seorang penjual kain yang berurusan dengan penulis, katanya jika hendak membeli kain ada beberapa syarat yang perlu difahami dahulu. Syaratnya adalah seperti berikut:-
#1 Tanya Pendapat Tukang Jahit
Sesungguhnya, mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk tubuh anda.
Hati-hati supaya tidak membeli kain yang sudah siap dipotong menerusi atas talian atau membeli melalui kiriman orang. Lebih-lebih lagi jika anda memiliki badan yang gempal atau bersaiz besar kerana takut kain yang dibeli itu tidak mencukupi.
Oleh itu, pergi ambil ukuran badan di kedai siap-siap dan tanya pendapat tukang jahit.
Perlu diingat, setiap rekaan pakaian mempunyai teknik dan cara jahitan yang berbeza. Penggunaan kain juga adalah berbeza dari satu rekaan dengan rekaan yang lain.
Sebaiknya pergi ke kedai kain dan beli sendiri mengikut kehendak si tukang jahit. Lebih-lebih lagi jika anda hendak menjahit pakaian unik selain baju kurung seperti dress atau jubah.
#2 Dress atau Baju Kurung?
Ketahuilah bahawa jika anda membeli kain bidang 45, kebiasaannya ia hanya cukup untuk membuat pakaian seperti kurung atau kebaya.
Manakala, kain yang mempunyai bidang 60 adalah sesuai untuk membuat dress seperti dress labuh atau jubah.
Sebaiknya jika bakal pengantin mahu mencari kain untuk busana resepsi atau nikah, beli sahajalah kain bidang 60 ini kerana ia sesuai untuk dibuat baju yang pelbagai… Bak kata nenek-nenek kita “baju fesyen”. Dengan itu, masalah kekurangan kain boleh diselamatkan. Lebih-lebih lagi jika kain itu debeli dari luar negara. Kalau tak cukup mana nak cari?!
#3 Nak Beli Ikut Ela atau Meter?
Tubuh badan orang dewasa lazimnya memerlukan 4 meter kain. Baik menggunakan bidang 45 atau bidnag 60, kedua-dua bidang kain ini diperlukan sebanyak 4 meter.
Jangan pula beli bidang 60 tapi hanya beli 3 setengah meter! Bidangnya memang lebih besar daripada bidang 45 tetapi sukar untuk tukang jahit memotong pola kain tersebut mengikut rekaan yang diminta nanti.
Dinasihatkan supaya tidak terbeli kain 4 ela kerana 4 ela cuma bersamaan 3.6 meter kain sahaja… ada ½ meter kain lagi yang tidak mencukupi.
Waspada sekiranya anda membeli 4 ela kain, pastinya pereka ataupun penjahit akan menampal dengan fabrik lain supaya hasil busana yang anda kehendaki tetap menjadi dan sama.
Selamat beramal! ❤