Seperti sedia maklum, dek kerana populariti siri drama Korea terbaru lakonan Song Jong-Ki dan Song Hye-Kyo di KBS2 -Descendents Of The Sun di China baru-baru ini telah mendapat teguran negatif daripada kerajaannya.
Sabtu lalu, Kementerian Keselamatan Awam China mengeluarkan satu amaran berhubung tontonan siri drama Descendents Of The Sun melalui laman rasmi Weibo.
Penayangan drama tersebut dikatakan memberi impak negatif terhadap penonton seperti adanya pasangan yang bercerai kerana terlalu taksub menonton drama Korea, manakala ada pula lelaki yang sanggup menjalani pembedahan plastik demi mengambil hati isteri, yang sebenarnya telah banyak dipengaruhi oleh watak lelaki yang berlakon dalam sesebuah drama Korea.
Bukan itu sahaja, drama ini juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak mula ditayangkan di Astro KBS World malah soundtrack juga berjaya memikat sehingga berjaya mendominasi carta iTunes Malaysia.
Antara lagunya Always oleh Yoon Mi-rae, K-Will Talk Love, Gummy You are My Everything dan juga Chen & Punch dengan Everytime.
Anda dah dengar soundtrack drama ini? Kena dengar sebab semuanya best belaka..
Soundtrack