“Tak habis-habis dengan kontroversi, sekarang Sajat ada rancangan untuk tukar agama?”
Tular baru-baru ini, usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat dikatakan memberi bayangan seolah-olah mahu keluar agama Islam.
Tular Video Pendek Seperti Beri Bayangan
Video yang berdurasi sekitar 2 minit yang dimuat naik di media sosial telah menunjukkan dirinya yang kecewa disebabkan oleh orang ramai dan memberi hint seperti mahu menukar agama selepas pelbagai perkara yang berlaku terhadap dirinya.
Menerusi video pendek tersebut, dengan berhati-hati Sajat mengatakan tidak salah untuk dirinya dan orang lain membuat kajian mengenai agama lain selain agama Islam.
“Saya cakap ini bukan saya nak mengugut ke tak.
Secara sumpah demi nama saya, nama ayah saya, nama mak saya, saya dah taknak menjadi orang Islam. Saya keluar daripada agama Islam, itu lebih afdal. Saya tak main-main, saya cakap betul.”
Kecewa Dengan Penerimaan Orang Sekeliling
Selain itu, dia turut menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkaitan dengan isu jantina dan berpakaian serta berpewatakan seperti wanita.
“Lepas Jais keluarkan kenyataan itu, saya dan malas nak fikir.”
Sajat juga mengatakan niatnya untuk keluar daripada agama Islam adalah disebabkan perilaku dan cara layanan orang sekeliling terhadapnya membuatkan dirinya jauh dengan agama.
Bagi Sajat, kecaman dan kritikan orang ramai ke atas dirinya itu mungkin dengan niat dan tujuan untuk memberi iktibar.
Tetapi dirinya merasakan perkara itulah yang membuatkan dia tidak ada harapan untuk berada dalam agama Islam.
“Saya lebih takut dan saya rasa lebih baik keluar daripada agama ini. Sebab saya lahir pun dalam Islam dan saya ikut sahaja apa yang mak saya ajar, saya buat. Rupa-rupanya…tak tahulah”
https://www.youtube.com/watch?v=0fVtPgelDts
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran penangkapan terhadap Nur Sajat kerana tidak menghadirkan diri ke sebutan semula kes berkaitan dengan menghina agama Islam.