Walaupun kemudahan yang lengkap memberikan kehidupan yang selesa pada kita semua tetapi ia tidak sama terhadap kulit kita. Setiap hari kulit kita terdedah kepada lima perosak kulit dalam persekitaran bandar iaitu haba, kelembapan, pencemaran, kesejukan dan angin. Lima perosak utama ini mungkin mengancam secara langsung dan menyebabkan kulit kita rosak.
Neutrogena melancarkan produk baharu dan inovatif untuk menangani masalah ini. Ia akan mengubah kulit kusam anda menjadi berseri dan lembap dalam dua langkah. Perkenalkan, Neutrogena Hydro Boost Capsule in Serum dalam rangkaian Hydro Boost!
Produk inovatif ini dapat menambah dan memperbaiki pelindung kulit anda. Di samping itu, ia dapat meningkatkan kelembapan kulit anda sehingga 137% apabila digunakan bersama produk terlaris Neutrogena, Hydro Boost Water Gel.
Neutrogena Hydro Boost menampilkan teknologi Moisture Sensor Complex yang berfungsi untuk;
- Menambah – Moisture Sensor Complex menambahkan semula penghidratan kulit selepas mengesan struktur sel kulit kering yang rosak.
- Membaiki – Moisture Sensor Complex akan membaiki pulih struktur sel kulit yang kering, menjadikan kulit kusam dan rosak lebih berseri dan segar.
https://www.instagram.com/p/BeW6RS3HV9s/
Kehadiran Neutrogena Hydro Boost membolehkan kita alami kelembapan tambahan dan tetap dilindungi daripada segala pencemaran yang berlaku.
Siri Neutrogena Hydro Boost Capsule in Serum (30ml, RM75.90) dan Hydro Boost Water Gel (50g, RM63.70) sudah boleh didapati di semua farmasi terkemuka Malaysia.