Anda dah bersedia hendak bergembira dan bergaya ceria musim panas ini? Pakaian sahaja tidak cukup untuk melengkapkan penampilan diri anda, untuk menambah sisi keterampilan diri, solekan juga penting untuk menyerlahkan personaliti diri anda yang unik.
Jenama rangkaian penjagaan wajah serta alat solek yang berasal dari Korea, Laneige baru sahaja memperkenalkan siri edisi terhad untuk koleksi alat solek musim panas 2016 baharu! Antaranya termasuk kompaklah kusyen yang memberikan efek sapuan kilauan autentik pada wajah, palet pembayang mata terdiri dari 6 warna yang disunting dari kedamaian laut serta sifat feminin wanita dan yang terakhir adalah perwarna kuku yang indah belaka.
The Marine Girl Boy Eyeshadow Palette bakal merubah wajah anda menjadi lebih menarik dalam sekelip mata. Nuansa biru yang melengkapi palet pembayang mata istimewa ini bisa dimanfaatkan untuk mencipta suatu gaya solekan mata yang sedikit “boyish” manakala rona yang memiliki lunak kemerahan pula bisa digunakan untuk mencipta solekan bersifat feminin.
Lebih menarik, berus aplikasi pembayang mata yang mempunyai dua fungsi penghujung ini juga dapat melengkapkan lagi fungsi bekas palet pembayang mata yang dihiasi imej yang disunting berdasarkan suasana perkelahan pantai ini sekaligus memenuhi keperluan wanita yang sentiasa bergegas ke mana sahaja sepanjang musim panas 2016!
Jangan sahaja fokus pada solekan mata, kuku yang dihias rapi juga memainkan peranan dalam membawakan suatu kelainan pada gaya fesyen anda.
Sapukan pewarna kuku yang bersahaja supaya jarei-jemari anda lebih ceria dengan Marine Nail Kit dari siri koleksi Laneige musim panas edisi terhad 2016 ini.
Empat (4) warna yang terdiri dari putih, merah, biru laut dan biru langit ini adalah yang paling padan untuk diri anda kala pergi berkelah bersama keluarga mahupun menghabiskan masa bersiar di luar rumah sambil menikmati pancaran matahari. Sangat mudah untuk digunakan, anda juga boleh menggunakan pelekat hiasan kuku daripada siri koleksi ini juga anda mahupun gaya rias kuku yang lebih ranggi!
Dicipta khas untuk solekan tubuh buat julung-julung kalinya, Sparkling Body Cushion ini mengandungi konsistensi kilauan yang boleh membuatkan permukaan badan anda tampak lebih seksi kala dipancar cahaya sinaran matahari. Ia digunakan sebagai “highlighter” untuk menyerlahkan beberapa sisi bahagian badan yang menonjol seperti peha, tulang leher, bahagian bahu dan sebagainya.
Sebaik disapu ke permukaan kulit, si pengguna juga bisa merasakan sensasi kesejukan yang nyaman -sesuai untuk musim panas ini.
Formulasi utama yang terdiri daripada ramuan seperti sparkling water dan daun lidah buaya (aloe vera) secara tidak langsung dapat menyegarkan kulit, menjadikan kulit halus, sesuci pasir pantai.
Sila layari www.laneige.com/my untuk keterangan lanjut.