Jika di Korea, tarikh 11 November dianggap sebagai tarikh keramat untuk menyambut Pepero Day bersama yang tersayang… di Malaysia, tarikih 11 November dipilih oleh Lazada Malaysia untuk mengadakan jualan mega habis-habisan yang mengetengahkan lebih 110 juta produk dari 50 jenama kegemaran ramai selama 24 jam secara berterusan, sepanjang hari!
Bagi memeriahkan majlis juga, Lazada Malaysia tidak ketinggalan bakal menganjurkan sebuah persembahan istimewa dipanggil 11.11 Super Show. Ia menggabungkan pelbagai bakat hebat tanah air seperti Wany Hasrita, Aiman Tino, Ella, Ziana, Zain, Bunkface, Haqiem Rusli dan ramai lagi. Lebih menerujakan apabila kumpulan Kpop Idol KARD bakal menyertai persembahan tersebut secara langsung pada malam 10 November nanti di Stadium AXIATA Arena.
Menurut Lazada, ini adalah hadiah yang bakal dihidangkan untuk lebih 3 juta penonton seluruh Malaysia di mana, orang ramai bisa menyertai kemeriahan Super Show 11.11 dengan menontonnya menerusi siaran langsung yang dipancarkan di TV3, NTV7, Tonton serta aplikasi mudah-alih Lazada yang boleh dimuat turun secara percuma ke telefon pintar.
Bukan itu sahaja, pengguna boleh dapatkan lebih ganjaran apabila menggunakan aplikasi mudah alih Lazada dengan menekan pada baner Wonderland untuk mengutip sebanyak mungkin baucer membeli-belah dari 11am hingga 5pm dala tempoh 10 hari, bermula esok, 1 November hingga 10 November menjelang Lazada 11.11 Shopping Deals.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/LazadaMalaysia]. Happy shopping guys! ❤