Marketing seperti “jalan pintas untuk kulit putih,” “kulit bersih berseri dalam masa seminggu,” krim pemutih yang rata-rata mengandungi bahan merkuri.
Sudah beberapa dekad sejak krim pemutih dari merkuri diperkenalkan ke dunia kecantikan bagi orang yang ingin kulitnya lebih cerah dan putih.
Namun, tahukah anda bahawa terdapat krim pemutih yang boleh merosakkan sistem saraf manusia?
Laporan Wanita California Lepas Guna Krim Pemutih
Produk pemutih kulit sebenarnya boleh merosakkan saraf. Hal ini berikutan daripada laporan seorang wanita California selepas menggunakan satu krim pemutih popular dari Mexico.
- Foto – Arkib Wanista
Doktor berpendapat bahawa keadaan ini disebabkan oleh kandungan merkuri dalam produk yang cukup beracun. Sebabnya, jenis merkuri dalam produk ini adalah merkuri organik, lebih tepat methylmercury.
Akibatnya, wanita itu dimasukkan ke hospital. Keadaannya bertambah teruk sehingga doktor terpaksa memberi makanan kepadanya melalui tabung dan tidak dapat bercakap atau merawat dirinya sendiri.
Mangsa merasa lemah di bahu dan lengan. Kemudian, dia dimasukkan ke hospital dan selama dua minggu proses rawatan, wanita itu menunjukkan gejala lain, seperti:
- Penglihatan kabur
- Keseimbangan ketika berjalan terganggu
- Sukar untuk bercakap
- Foto – Arkib Wanista
Penyelidikan menunjukkan krim pemutih mengandungi sejenis merkuri yang cukup beracun dan boleh merosakkan sistem saraf, iaitu merkuri organik, terutama methylmercury.
Jenis Bahan Methylmercury Lebih Kuat
Menurut Department of Environmental Conservation New York State, methylmercury adalah sejenis merkuri organik yang diproses oleh bakteria biologi.
Biasanya, merkuri ini terdapat pada ikan. Sekiranya dimakan dalam had normal, ia tidak boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Namun, jika berlebihan boleh merosakkan badan.
Hal ini kerana methylmercury dapat diserap oleh darah, otak dan plasenta. Akibatnya, merkuri ini cukup bahaya dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran, masalah saraf, dan melambatkan pertumbuhan.
Jangan sesekali membeli produk kecantikan secara sembarangan di internet, melainkan dari sumber yang betul.
- Foto – Muse
Walaupun anda terpukau dengan keberksesanan, tapi cegah dengan memilih produk secara berhati-hati.
- Periksa pembungkusan pada produk
- Beli produk dari kedai berlesen dan selamat
- Elak bahan yang dikenali sebagai produk buatan sendiri, lagi-lagi produk buatan tangan
- Periksa semula bahan apa yang terdapat di dalamnya
Memanglah teruja dengan perubahan yang cepat, tapi kalau binasakan kulit sendiri…