Pencinta kopi ada dua jenis, yang sukakan kopi panas dan kopi sejuk.
Pada mereka yang gemar dengan hidangan minuman kopi sejuk, Nespresso melancarkan dua kopi baharu edisi terhad bermula 3 Julai hingga 3 September. Dari rasa aromatik dan buah-buahan sehingga rasa pekat kopi dipanggang, Intenso on Ice dan Leggero on Ice pasti menyegarkan sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.
Nespresso debut kopi istimewa ini khas untuk disediakan bersama ais.
Intenso on Ice, adunan air kopi dengan bijirin dan tekstir koko dipanggang sempurna. Ia juga boleh disediakan sebagai Intenso on Ice Macchiato, untuk rasa berkrim dan lembut. Pada yang gemar kopi kosong, Leggero on Ice diadun dengan rasa buah dan lemon. Jika ia ditambah kepada Leggero on Ice Macchiato, rasa kopi lebih beraroma dan manis.
Bermula 21 Julai, anda berpeluang merasa sendiri kopi dari Nespresso pada roadshows pada tarikh dan tempat terpilih:
Nespresso on Ice Roadshow | ||
Tarikh | Lokasi | Masa |
21 Julai | Bangsar South | 10:00 am – 4:00 pm |
22 Julai | Bangsar Village | 10:00 am – 4:00 pm |
30 Julai | Publika Shopping Gallery | 10:00 am – 4:00 pm |
Untuk tempahan atau maklumat lanjut mengenai Nespresso, hubungi www.nespresso.com.