Ketika dunia Arab terus bergolak dengan ratusan ribu pelarian dari rantau itu menggadai nyawa menyeberang lautan untuk ke Eropah bagi menyelamatkan diri dari peperangan dan kemiskinan, wujud pula laporan mengenai satu keluarga Arab memesan kek berharga £48.5 juta (RM322 juta), yang sudah pasti menjadi kek hari jadi paling mahal di dunia.
Kek berkenaan dihasilkan oleh Debbie Wingham, 33, yang menceburi bidang pembuatan kek selepas menghasilkan pakaian paling mahal di dunia dengan harga £11.5 juta (RM76 juta) yang dibuat daripada berlian hitam dan merah.
Dia menerima pesanan untuk menghasilkan kek itu daripada seorang pelanggan yang menetap di Arab Saudi.
Menurut perjanjian antara mereka, Debbie tidak dibenarkan mendedahkan nama pelanggannya.
Kek itu dipesan lelaki Arab berkenaan untuk anak perempuannya sempena hari jadi dan juga hari pertunangannya.
Kek yang berukuran 6 kaki panjang itu adalah berupa pentas peragaan, pakaian istimewa yang dipakai oleh patung peragawati diatas kek tersebut adalah meyerupai pakaian couture yang direka Debbie Wingham sendiri.
Selain itu, beberapa model kecil pada kek memakai gaun versi yang boleh dimakan keping dia sebelum ini telah dibuat untuk pelanggan.
Di barisan hadapan terdiri daripada model patung fondant kecil mirip model dan pereka fesyen terkenal dan kesemua itu boleh dimakan. Juga boleh dilihat mereka turut bersama-sama membawa beg tangan berjenama, memakai kasut eksklusif, sambil membawa telefon pintar dan tablet.
Ia mempunyai lebih 120kg aising fondant dan 60kg coklat hiasan yang sebagian besar digunakan untuk sculpting bersama-sama dengan 80 warna airbrushed yang memberi kesan berbeza.
Kek seberat 450kg sungguh mengagumkan kerana beratnya sama dengan beruang grizzly jantan dan aising yang digunakan adalah termasuk berlian merah jambu 5.2 karat, 6.4 karat berlian kuning dan sejumlah 15 berlian putih 5 karat.
Spanjang pentas peragaan pula dihiasi dengan 400 karat termasuk 73 butir berlian putih 3 karat dan 75 butir berlian hitam 3 karat.
Kek itu mengambil masa selama 1,100 jam untuk disiapkan dan merupakan hasil kerja tangan Ms Wingham sendiri.
Sumber – Harian Metro & Dailymail
Nota: Mewah betul kek ni. Jadi, kalau nak makan, kena hati-hati jangan sampai tertelan berlian pula. Dan jangan lupa kutip setiap berlian mahal yang ada pada aising kek!