Siapa yang jenis yang tak suka pakai mekap mesti gembira dengan berita ini.
Sebuah kafe di Korea Selatan menawarkan diskaun 20 peratus kepada pelajar perempuan dengan syarat mereka langsung tidak mengenakan sebarang mekap.
Bukan itu sahaja, diskaun tambahan 30 peratus akan diberikan untuk harga makanan dan minuman sekiranya pelajar terbabit memakai skirt yang lebih panjang iaitu sekurang-kurangnya pada paras lutut. Bagi pelajar yang memakai seluar panjang pula, ia perlu berukuran kira-kira 10cm bawah lutut.
Diskaun itu diperkenalkan dengan matlamat untuk menukar pemikiran masyarakat dan berharap agar mereka pakai sesuatu yang lebih panjang.
Bagaimanapun nama kafe tersebut tidak pula didedahkan oleh media sosial.