Sarungkan sepatu bergaya yang sesuai dengan personaliti serta fesyen pilihan anda hari ini!
Jenama kasut jeli yang menggunakan material getah sebagai bahan utama pembuatan produknya, Melissa kini buat julung kalinya melancarkan gedung atas talian di Malaysia. Kini, lebih mudah untuk anda melihat koleksi mahupun membeli kasut Melissa secara online!
Bermula dari 1 April 2016 tempoh hari, Melissa menawarkan pengalaman membeli-belah 24/7 kepada para pengguna yang obses dengan rekaannya. Setiap satu daripadanya mempunyai nilai estatik yang tersendiri, dihiasi dengan perincian serta warna yang menonjol sesuai untuk pemakaian gadis trendy masa kini.
Kesenian pertukangan yang cukup memukau, Melissa bukan sahaja menghasilkan sepatu untuk melengkapkan keperluan mengikut aliran fesyen masa kini, bahkan, ianya dilihat sangat mengutamakan penggunaan bahan yang mesra alam.
Bersempena pelancaran gedung atas taliannya baru-baru ini, dari 1 – 30 April 2016, Melissa turut menganjurkan peraduan “Wanna be Carioca”.
Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia, pemenang bakal membawa pulang pakej percutian 3 hari 2 malam untuk 2 orang di lokasi penginapan 5 bintang Angsana Velavaru Resort, Pulau Maldives yang berharga RM10,000! Bukan itu sahaja, 9 hadiah saguhati berupa kasut Melissa yang berharga RM350 setiap satu turut menanti!
Untuk membeli-belah mahupun menyertai peraduan “Wanna be Carioca”, sila layari www.mdreams.com.my