Cantik sangat apabila tengok hand painted jeans yang dipakai oleh Dua Lipa. Tak mudah untuk menghasilkan kreativiti dan seni di atas pakaian jika anda tidak mempunyai tangan seni.
Mempunyai kelulusan daripada Parsons (2017) dalam jurusan seni rupa, Juliet Johnstone dilahirkan di Los Angeles, merasakan dirinya tidak mendapat inspirasi dan hala tuju untuk kerjayanya.
“Saya mula bekerja untuk sekumpulan artis dengan menjadi pembantu studio. Daripada situ saya mendapat inspirasi untuk membuat karya berkonsepkan hiper”, ujar Johnstone.
Johnstone memulakan karya pertama dengan membuat lakaran secara langsung kepada canvas iaitu seluar dari kedai-kedai vintaj dan kitar semula.
“Suatu ketika, saya melukis di seluar sendiri kerana tiada stok. Saya mula memakainya dan ramai yang bertanya di mana saya mendapatkannya”, ujarnya.
Selain Dua Lipa menjadi salah satu pelanggannya, Bella Hadid turut meminati karyanya. Johnstone telah menghantar beberapa hand painted jeans kepada Bella Hadid untuk Paris Fashion Week setelah melihat beberapa posting di Instagram yang menunjukkan Bella menyukai hasilnya itu.
Pada awalnya, Johnstone yang tidak merancang untuk menjual tetapi setelah melihat permintaan karyanya meningkat, “Ia hanyalah sebagai hobi kerana saya melukis pakaian sebagai hasil kreativiti dan carefree tetapi tidak sangka ia disukai dan terus menjadi sebuah perniagaan”.
Untuk lukisannya, Johnstone mendapat inspirasi untuk karyanya daripada aktiviti harian seperti melihat buku botani vintaj tahun 50-an, alam semula jadi dan poster konsert tahun 60-an.
Johnstone yang tidak mempunyai perancangan untuk berhenti akan terus menghasilkan karyanya untuk memberikan kegembiraan kepada pelanggannya.