Masalah jerawat dah selesai, kini masalah bekas atau parut jerawat pula. Boleh memakan masa berbulan-bulan untuk menghilangkan bekas tompokan gelap pada wajah. Parut jerawat disebabkan pori-pori kulit yang tersumbat dengan lebihan minyak, kulit mati dan bakteria. Ia menyebabkan pori-pori membengkak dan lapisan kulit bertukar warna gelap.
Terdapat banyak produk dipasaran kini menyediakan pelbagai solusi untuk menghilangkan parut jerawat dari pemakaian krim, minuman kecantikan sehinggalah rawatan laser. Namun tidak semestinya semua orang mampu dan pasti ada juga yang diantara anda yang mempunyai pantang sendiri dalam menjaga kecantikan.
Tahukah amalan rawatan skrub pengelupasan adalah cara yang paling mudah, selamat dan berkesan untuk memudarkan parut jerawat. Walaupun ia sudah diperkenal sejak zaman berzaman tapi tidak ramai yang ingin mencuba.
Ini sebab kenapa anda cuba?
- Membuang lapisan kulit mati dan memberi lapisan kulit yang baru.
- Membuang saki-baki minyak dan kulit mati.
- Pori-pori lebih mengecil
- Solekan juga lebih tahan lama.
- Kulit lebih mampu menyerap manfaat dari produk kecantikan.
Amalan pemakaian skrub yang betul:
- Jika anda ingin skrub muka, pilih produk skrub khas untuk muka. Jangan sesekali menggunakan skrub badan kerana ia lebih kasar dan untuk kulit tebal.
- Anda boleh lakukan skrub pada sebelah pagi atau malam, Namun disyorkan lakukannya sebelum tidur malam kerana kulit lebih terbuka selepas sel-sel kulit mati dikeluarkan.
- Bukan untuk setiap hari! 2 minggu sekali sudah memadai, jika terlalu kerap skrub kulit boleh menjadi kering dan lebih buruk lagi boleh breakouts.
- Tambah sedikit air dalam krim/gel skrub anda supaya ia lebih mudah dan lembut untuk urutan.
- Selepas skrub, cuci wajah dengan bersih dan pastikan memakai krim pelembab untuk kulit tidak kering.
- Muka anda masih berjerawat? Elakkan dari skrub, tunggu sehingga jerawat kering dan meninggalkan parut.
Jangan lupa klik artikel Wanista yang banyak berkongsi tentang manfaat dan cara D.I.Y kaedah skrub: