Zaman serba moden ini pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencari jodoh. Yang terkini, ‘Halal Speed Dating’ adalah satu platform mencari jodoh yang menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan pasangan dengan cara terhormat. Ini 8 perkara yang anda perlu tahu tentang ‘Halal Speed Dating’ yang pertama di Malaysia.
1. Diasaskan oleh tiga sahabat – Syed Azmi Alhabshi, Norhayati Ismail dan Zuhri Yuhyi.
Difahamkan mereka bertiga ini mewujudkan satu platform mencari jodoh berlandaskan Sunnah yang dipanggil ‘Halal Speed Dating’. Lebih menarik, Norhayati, 40, bertemu dengan suaminya scara dalam talian dan berkahwin dengan beliau dua bulan selepas berkenalan, manakala Zuhri berusia 34 tahun turut menemui isterinya melalui satu platform mencari jodoh. Syed Azmi, 38, yang masih bujang sangat menyokong ke arah idea mencari jodoh dalam talian ini.
2. ‘Halal Speed Dating’ yang pertama diadakan pada 9 Mei 2015 di Talent Lounge Damansara Perdana.
3. Acara ini merekodkan kehadiran 60 peserta wanita dan 20 calon lelaki, termasuk seorang bukan Islam yang mengambil bahagian.
4. Kesemua peserta digalakkan membawa pengiring sama ada wali, mahram atau rakan sejantina yang boleh dipercayai.
5. Tidak semua yang hadir ingin mencari pasangan hidup. Ada yang mencari isteri kedua, ada yang sanggup menjadi isteri kedua kepada seseorang, dan ada juga yang mencari isteri kedua untuk suami mereka!
6. Bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai proses perkenalan yang dihormati dan berlandaskan hukum syarak, serta berkongsi beberapa nasihat tentang perkahwinan.
7. Pihak ‘Halal Speed Dating’ tidak akan menyiarkan mana-mana gambar calon yang hadir.
8. Untuk pertanyaan dan info lanjut, anda boleh ke laman web http://halalspeeddating.com/ dan Facebook www.facebook.com/HalalSpeedDat.
Sumber – Says.com