Perlukan jam tangan pintar premium, tahan lebih lasak dan sesuai untuk aktiviti luar? Jawapannya mestilah jam tangan pintar daripada jenama eksklusif GARMIN!
Baru-baru ini GARMIN Malaysia melancarkan barisan jam tangan pintar iaitu siri fēnix 7 termasuklah 7 dan 7X serta epix premium.
Nak tahu lebih lanjut tentang barisan jam tangan pintar GARMIN Malaysia yang terbaru ini? Baca perkongsian di bawah;
Siri fēnix 7
Fakta: Siri fēnix 7 direka untuk memenuhi piawaian MIL-STD-810G Tentera AS dan menyokong kedudukan Multi-GNSS (GPS, GLONASS dan Galileo) menggunakan frekuensi berbilang jalur untuk meningkatkan kelajuan serta kedudukan dengan lebih tepat.
Fungsi terbaru dalam siri fēnix 7 ini adalah Up Ahead dan Real-Time Stamina yang boleh membantu merancang laluan terbaik terlebih dahulu. Malah siri ini juga dapat menjejak kekuatan fizikal dari semasa ke semasa.
Dilengkapi dengan MIP 1.2″, 1.3″ dan 1.4″, siri fēnix 7 menggunakan Power Sapphire standard tinggi yang tahan haus, kalis calar dan anti-reflektif dengan panel solar. Ini menunjukkan siri ini boleh menghasilkan peningkatan 300% dalam jangka hayat bateri sehingga 24 jam di bawah mod UltraTrac.
Bagi model siri fēnix 7X pula, jam tangan pintar ini merupakan model pertama dalam industri yang menawarkan lampu suluh dalam 4 tahap profil kecerahan. Malah lampu strob merah digunakan untuk mengeluarkan isyarat ketika kecemasan berlaku.
Yang menariknya bagi pelari waktu malam, anda boleh tetapkan lampu suluh pada irama larian. Jadi jam tangan akan berselang-seli antara lampu putih dan merah semasa anda menghayun lengan. Tujuannya untuk jadikan lampu lebih menonjol bagi meningkatkan keselamatan diri.
Siri epix
Untuk siri epix pula, model jam tangan pintar ini dilengkapi dengan skrin sentuh AMOLED yang menampilkan kristal nilam kalis calar dan bezel aloi titanium ringan 45mm.
Direka untuk memenuhi keperluan atlet profesional, siri epix menawarkan lebih 40 mod aktiviti sukan luar dan dalaman. Malah ia juga mengandungi lebih daripada 42000 peta padang golf dan 2200 pusat peranginan ski di seluruh dunia.
Pada masa yang sama, siri epix juga boleh merakam data secara berterusan sehingga 30 jam di bawah mod sukan GPS. Mod ini boleh berlangsung sehingga 16 hari di bawah profil standard atau sehingga 21 apabila mengaktifkan fungsi Power Manager.
Harga runcit bagi siri fēnix 7 bermula daripada RM3270 sehingga RM5130. Manakala bagi siri epix pula, harga bermula daripada RM4199 sehingga RM4670.
Untuk membeli, anda boleh layari laman web LAZADA, Shopee, kedai elektronik AECO dan peruncit terpilih. Maklumat lanjut mengenai jam tangan pintar GARMIN, boleh layari di [SINI].