Pada tahun 2002, filem sensasi kisah cinta remaja Ada Apa Dengan Cinta menjadi hit bukan sahaja di negara Indonesia malah di Malaysia juga terkena tempiasnya.
Kini, ada mampu melonjak kegirangan apabila sekuel filem sekuel filem blockbuster Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) akan menemui penonton tidak lama lagi.
Berita itu disambut gembira oleh penggemar filem bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia. Menurut The Jakarta Post, penerbit filem itu, Mira Lesmana mengesahkan di acara Popcon Asia 2015 di Jakarta semalam bahawa Nicholas dan Dian akan meneruskan peranan mereka sebagai Rangga dan Cinta.
Filem ini akan diarahkan oleh Riri Riza. Selain Indonesia, filem ini juga dijangka akan menjalani penggambaran di New York. Satu sebab lain untuk peminat teruja ialah Melly Goeslaw bersama-sama dengan Anto Hoed akan menghasilkan soundtrack sekuel Ada Apa Dengan Cinta.
Tahun lalu, sekuel AADC berdurasi 10 minit ditayangkan sebagai promo aplikasi LINE.
Astro Awani & The Rakyat Post