Anak patung kertas adalah antara alat permainan yang biasa dijadikan mainan untuk kanak-kanak perempuan. Lumrah juga bagi seorang ibu suka memakaikan anak perempuan mereka dengan pakaian yang cantik-cantik bak anak patung. Namun, Angie ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan ada idea yang sedikit rare dalam bermain permainan anak patung kertas dan mengajar anaknya bergaya.
Cuba anda lihat gambar-gambar yang dimuat naik di Instagram beliau, @2sisters_angie . Akaun instagram ini setakat ini berjaya menarik 183,887 folowers.
Untuk pengetahuan anda, baju-baju cantik yang digayakan fashionista cilik ini diperbuat daripada kertas dan gam. Menurut Angie , projek ini dilaksanakan bersama-sama dengan Mayhem dan idea untuk membuat semua dress ini juga datang daripada mereka berdua. Mereka menggunakan construction paper kertas tisu, kertas pembalut, dan beg hadiah. Mereka juga telah menggunakan tudung sutera, tulle, dan kerajang aluminium.
Tambah menarik, Angie mengakui yang dirinya tidak mempunyai kemahiran menjahit dan ilmu fesyen. Angie juga menganggap projek ini merupakan satu pembelajaran yang menarik untuk anak kecilnya itu.
Ibu dan anak ini juga turut mencedok idea daripada runway dan pakaian yang dipakai selebriti di Anugerah Grammy.
So who really wear it better guys??
–Via