La Prairie bawa keunggulan…
Bedak asas dalam bentuk cushion sudah menjadi staple dalam dunia kecantikan. Jika dahulu ia hanya menjadi trend solekan dari Korea Selatan. Kini ia telah berkembang terus kepada jenama-jenama kecantikan Barat. Senang kata pilihan untuk mendapatkan cushion foundation lebih banyak dan menarik.
Seperti biasa, sudah tentu ada jenama yang tampil dengan kelainan. La Prairie tidak ketinggalan menyediakan cushion foundation yang tersendiri. Ia mempunyai dua manfaat iaitu untuk merawat kulit wajah dan memberi hasil solekan sempurna.
La Prairie Skin Caviar Essence-in-Foundation dengan harga RM1070. Boleh dikatakan cushion foundation paling mahal di dunia. Jenama kecantikan asal Switzerland ini telah mencipta bedak asas yang diisi dengan air kaviar. Sebenarnya ekstra berasaskan kaviar antara bahan dominan dalam produk La Prairie.
Kebaikan air kaviar tersebut dikatakan membantu menghidrat dan menegangkan kulit wajah. Disamping itu juga, cushion foundation ini memudarkan kesan pori-pori dan garis-garis halus. Malah ia dapat meliputi light-to-medium coverage. Usah risau, cushion foundation La Prairie ini mengandungi SPF 25/PA+++ dan perlindungan UVA.
Dari beberapa tinjauan ulasan yang apat DIVA simpulkan. Cushion foundation La Prairie tidaklah sesempurna yang disangkakan. Apatah lagi dengan harga yang sangat mahal berbanding jenama kecantikan mewah yang lain seperti, La Mer.
Ia tetap tidak memberi kadar hayat tahan lama pada kulit. Setelah beberapa jam pemakaian, masih terdapat kering berlaku pada bahagian hidung atau dagu sebagai contoh. Pun begitu, kilatan wajah terlihat sempurna dan under control terutamanya mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.
Tekstur foundation pula tidak terlalu ringan, memberi hasil satin atau kilatan. Jadi ia sesuai untuk mereka yang kulit kombinasi dan kering. Bagi mereka yang kulit berminyak, disarankan untuk tambah loose powder bersesuaian. Pilihan rona pula terdapat 10 tona kulit yang pada pendapat DIVA padan dengan warna kulit Asia. Walaubagaimanapun, DIVA tidak nafikan pemilik kulit sawo matang atau tanned pasti hampa.
https://www.instagram.com/p/BijqA3GHoxS/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again
Jadi, kamu sanggup labur RM1070 untuk La Prairie Skin Caviar Essence-in-Foundation?