Cuci muka dengan air semata, sekejap macam mana tu? Tak perlukan sebarang rutin skincare?
Kita semua telah diberitahu untuk mencuci muka setiap hari. Tetapi tahukah kamu bahawa kamu tidak perlu selalu mencuci muka dengan pembersih?
Bunyi macam pelik, tapi itulah yang hangat di media sosial, khususnya TikTok. Ia mungkin mengejutkan tetapi ramai yang telah ‘bersumpah’ dengan trend ini.
Dipanggil Pembersihan Air
Pembersihan air merupakan teknik mencuci muka dengan air sahaja. Ia diperkenalkan kepada TikTok oleh beauty influencer Ava Lee atau @glowwithava. Sejak itu, ia menjadi popular dan ikutan pengikut, malah merasakan ia menambah baik kulit mereka.
@glowwithava Reply to @em_s010 important: assuming you double cleansed and went to bed with a clean face!!! #watercleanse #beautytipswithava
Tapi berkesan ke? Matlamat utama pembersihan air adalah untuk mengekalkan kelembapan dalam kulit. Jadi mereka yang mempunyai kulit kering dan dehidrasi boleh mendapatkan manfaat daripada itu.
Jika kulit kamu terasa tegang dan kering selepas membersih pada waktu pagi, kamu boleh melangkau pembersih dan cuba mencuci dengan air sahaja. Dengan melakukan ini, kamu mengurangkan peluang untuk merosakkan skin barrier.
Skin barrier bertanggungjawab untuk mengekalkan penghidratan dalam kulit dan mengelakkan kotaran, bahan pencemar dan banyak lagi. Jadi, keadaan ini boleh membawa kepada pelbagai masalah lagi.
Jika kamu mempunyai kulit yang sangat berminyak atau kombinasi, pembersihan air mungkin bukan untuk kamu. Hal ini kerana sebum yang berlebihan pada wajah boleh menyebabkan jerawat jika tidak dicuci dengan betul. Sebaliknya, cari pembersih lembut dengan pH rendah yang akan membersihkan kulit tanpa mengeringkan atau merosakkan kulit kamu.
Jadi, sebelum nak ikut trend, kanal pasti keadaan kulit kamu terlebih dahulu.