Pakar telah menemui bukti bahawa virus pandemik ini memberi kesan pada kualiti sperma, dan sekaligus menjejaskan tahap kesuburan lelaki berdasarkan kajian yang ditemui.
Dipetik dari Astro Awani, difahamkan bahawa Covid-19 memberi impak yang besar kepada tahap kesuburan lelaki kerana virus maut ini mampu membunuh sel sperma lelaki secara senyap.
Covid-19 Serang Sistem Pembiakan Lelaki
- Foto – The Health Site
Berdasarkan penemuan dari kajian tersebut, pakar mendapati virus maut ini menyerang sistem pembiakan lelaki dengan membunuh sperma.
Hal ini perlu di pandang serius apatah lagi ia membuatkan tahap kesuburan lelaki menjadi rendah dan akan banyak masalah berkait boleh berlaku jika masalah ini tidak ditangani dengan segera.
Selain Sperma Musnah, Berlaku Impak Biologi Lain
- Foto – Time Magazine
Dipetik dari CNN, menurut penyelidik kajian utama Behzad Hajizadeh Maleki dari Justus Liebig University Giessen yang terletak di Hesse, Jerman, menyatakan mereka menemui aktiviti enzymatik ACE2 dalam lelaki.
Sel protein yang dikenali sebagai ACE2 atau angiotensin-converting enzyme 2 ini merupakan pintu masuk virus Covid-19 ini memasuki tubuh dan menyerang sel dalam manusia dan menyerang sistem pembiakan lelaki.
Bukan itu saja yang merisaukan, virus ini memusnahkan sel sperma dan memberi kesan biologi lain dalam sel seperti berlakunya keradangan dan tekanan oksidatif yang mana mampu merosakkan DNA dan sel protein dalam badan.
Kajian Ditemui Dari Kumpulan Kecil
- Foto – Pinterest
Data kajian ini ditemui dalam kumpulan kecil, di mana penyelidik mengumpul dan mengkaji data kesemua 84 orang lelaki yang menghidapi Covid-19.
Penyelidik melakukan analisis setiap 10 hari selama 60 hari dan sepanjang pengumpulan data dari 84 orang pesakit Covid-19 ini, penyelidik membandingkan data yang ditemui dengan 105 orang lelaki yang sihat.
Dan hasil perbanding sangat merisaukan, kerana menunjukkan bahawa virus ini menjejaskan sistem pembiakan serta tahap kesuburan lelaki.
Pakar kini sedang bertungkus-lumus mengkaji lebih mendalam, dan dalam masa yang sama mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah sistem pembiakkan yang menyerang lelaki yang menghidapi Covid-19.