Jika anda seorang yang berminat dengan mitos purba , mumia dan misteri atau suka menyaksikan persembahan ekstrem dari ketinggian setinggi 80 kaki, anda boleh ke taman tema Sunway Lagoon untuk menikmati kedua hiburan tersebut sempena cuti sekolah ini.
Mei ini Sunway Lagoon dan New York based The Sudden Impact! Entertainment Company dengan bangganya memperkenalkan tarikan edutainment yang pertama menonjolkan Cleopatra, salah seorang wanita yang paling terkenal dalam sejarah. Sesuai untuk semua peringkat umur, tarikan baru ini mempunyai enam senario interaktif termasuk teater, seni cahaya 3D, falling beams walkway, pembalseman mumia dan paparan kehidupan Cleopatra yang penuh glamour berlatarkan suasana Mesir pada zaman tersebut.
Selain daripada pesona Ratu Nil – Cleopatra, satu lagi tarikan baru, iaitu Hi-Dive yang terdiri pasukan penyelam profesional bersedia untuk mencuit hati penonton dengan aksi mereka terjun dari ketinggian setinggi 80 kaki. Pasukan ini sebelum ini telah beraksi di negara-negara lain seperti China, Jepun dan Hong Kong, ini merupakan kemunculan pertama mereka di Asia Tenggara . Tarikan ini ditawarkan sehingga 3 Ogos 2014.
Terletak di kawasan Wild Wild West, Cleopatra akan dibuka 11:00 pagi sehingga 6 petang setiap hari. manakala persembahan Hi-Dive pula akan dipertontonkan di kawasan Surf Beach pada hari Isnin-Jumaat pada jam 1.30 petang dan 3.00 petang manakala persembahan pada hujung minggu akan pada jam 1.30 petang, 3.00 petang dan 5.00 petang.
Tiada caj tambahan untuk menikmati kedua hiburan baru ini dan ianya ditawarkan pada waktu terhad sahaja. Selain itu Sunway Lagoon juga turut menawarkan semula Family Picnic Package , dan kali ini dengan tawaran yang lebih baik. Bermula dari 28 Mei – 15 Jun 2014, pengunjung dengan MyKad dan pemegang MyKid berhak untuk menikmati perkelahan pantai di bandar hanya dengan RM 295. Pakej termasuk tiket masuk untuk dua orang dewasa dan dua kanak-kanak, terhad kepada satu pembelian untuk satu keluarga dan, termasuk bakul berkelah, dua tikar berkelah dan empat minuman botol.
Jadi jika anda masih mencari tempat beriadah yang sesuai untuk sesi keluarga dan penuh dengan aktiviti menarik, apakata ke Sunway Lagoon.