Krismas atau Hari Natal adalah sambutan perayaan tahunan bagi penganut agama Kristian untuk memperingati kelahiran Jesus Christ. Inilah masa yang paling tepat untuk keluarga dan sahabat-handai berkumpul sambil bertukar hadiah.
Meskipun agama Kristian bukanlah agama yang utama di Malaysia, kebanyakkan pusat-pusat membeli-belah turut tidak ketinggalan untuk menaikkan pokok Krismas yang dihias cantik, rantaian lampu turut digantung berserta pelbagai jenis prop bagi mencipta susasana meriah, di samping promosi jualan murah pelbagai jenama dan barangan demi menarik pelawat lebih ramai.
Banyak antara pusat membeli-belah di Malaysia berlumba-lumba saat menjelang Krismas. Setiap satu darinya membawakan tema unik bertepatan dengan perayaan tersebut yang bersifat versatile. Bagi tahun 2016, jangan ketinggalan untuk berkunjung ke 5 pusat membeli-belah ini yang pastinya sempurna untuk dijadikan latar foto bagi si kaki selfie!
#1 SUNWAY PYRAMID
Kreatif dan lain daripada yang lain, Sunway Pyramid membawakan konsep yang ada kena mengena dengan filem sains fiksyen/fantasi kegemaran ramai, Star Wars!
Pohon Krismasnya diperbuat menggunakan perhiasan motif kapal angkasa Star Wars seperti Jedi Cruiser, Millennium Falcon, Star Destroyer serta rantaian lampu biru umpama cahaya bintang-bintang di ruang angkasa.
https://www.instagram.com/p/BNn4MqND714/?taken-at=212986910
Jika nak berjumpa dengan askar Storm Troopers dan para Jedi, bolehlah berkunjung ke Sunway Pyramid okay?!
#2 PAVILION KUALA LUMPUR
Tahun lepas, Pavilion memiliki pohon Krismas paling mewah bertatahkan ratusan ribu butir permata kristal Swarovski.
Tahun ini, sekali lagi pusat membeli-belah terkemuka di ibu negara yang berdiri megah di tengah-tengah Bukit Bintang berkolaborasi bersama Swarovski untuk membina istana kristal persis Istana Ais Puteri Disney Elsa.
Sangat mengagumkan, anak-anak juga berpeluang menaiki tunggangan Mary-Go-Round yang turut dibina di kawasan laman tengah pusat membeli-belah Pavilion.
Bukan itu sahaja, saat anda berdiri dihadapan pintu masuk utama Pavilion, kehadiran anda bakal diterangkan oleh cahaya pohon Krismas gergasi yang sungguh indah ibarat sedang berada di Times Square New York!
#3 Mid Valley Megamall
https://www.instagram.com/p/BNo8UB3gxuQ/?tagged=midvalley
Berkonsepkan kemeriahan Krismas dalam taman, Mid Valley Megamall tamil berani menyerlahkan sudut lapang pusat membeli-belahnya dengan binaan yang berupa sangkar emas serta jalaran istimewa ros merah gergasi.
https://www.instagram.com/p/BNoJr1vhvoq/?tagged=midvalley
Kombinasi butiran permata jernih, cahaya kuning keemasan dari chandeliar dan ros merah tersangatlah menusuk kalbu dan anda pasti terpukau kala melihatnya buat yang pertama kali.
https://www.instagram.com/p/BNmhS0dBcgk/?tagged=midvalley
Apa tunggu lagi? Jangan lupa ambil gambar Krismas paling romantis di sini!
#4 One Utama Shopping Centre
Alami kemeriahan seperti menyambut Krismas di alam alam fantasi di One Utama Shopping Centre.
https://www.instagram.com/p/BNlvtccFPjS/?tagged=1utama
Anda seolah makhluk kecil (pari-pari thumbelina) yang menuju ke sebuah taman dan bermain di bawah tangkai bunga-bunga gergasi!
https://www.instagram.com/p/BNhDZXgg1z1/?tagged=1utama
Pohon Krismas di sini juga tidak menggunakan pohon fir biasa, sebaliknya, One Utama mengaplikasikan penggunaan bebola rona metalik dan merah sebagai simbolik pohon Krismas -mewujudkan aura moden sensasi.
https://www.instagram.com/p/BNjzSF6ge9c/?tagged=1utama
#5 Suria KLCC
Dekorasi Krismas di mercu tanda Kuala Lumpur yang paling gah ini tidaklah sehebat pusat membeli-belah yang lain.
Akan tetapi apa yang uniknya, pohon Krimasnya terletak di bahagian luar berhadapan tasik di tengah-tengah Suria KLCC!
Sangat indah apabila dilihat pada waktu malam sambil ditemani cahaya yang dipantulkan oleh pencakar langit yang ada disekitar KLCC.
#6 Gurney Plaza Penang
Orang Penang ka? Mai pakat datang Gurney Plaza!
Seperti yang kita semua sedia maklum, Gurney Plaza adalah salah sebuah tarikan pengujung di Pulau Pinang. Ia merupakan pusat membeli-belah terkemuka di bandar Georgetown. Jadi tidak sah lah jika sambutan Krismas tidak diperhebat dengan dekorasi menawan!
Hiasan pohon Krismasnya semua bertemakan kilauan, rona emas dan perak metalik bagi memukau pengunjung yang datang!
Selamat menyambut Hari Natal dari kumpulan Wanista!