“Tuah ayam di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.”
Terbaru BLACKPINK Lisa telah membintangi kempen pertamanya untuk koleksi CELINE Haute Parfumerie.
Untuk pengetahuan kamu, CELINE Haute Parfumerie adalah rangkaian wangian jenama mewah Perancis yang dicipta oleh pengarah artistik, Hedi Slimane.
Diarahkan oleh Hedi sendiri, video kempen tersebut telah diambil di Nice, Perancis ketika lawatan Lisa pada bulan Oktober 2021. Menerusi video tersebut, Lisa telah mempamerkan rangkaian wangian yang diubah oleh pengarah tersebut.
Dalam video tersebut, Lisa telah mengenakan gaun yang bertatahkan kristal. Ditambah pula dengan potongan rambut bob, nampak lebih feminin dan berkarisma!
Sejak tahun 2019, CELINE telah mengeluarkan 10 wangian. Untuk tahun ini pula, CELINE Haute Parfumerie melancarkan bauan yang ke-11 yang dipanggil “Parade“.
Bauan tersebut menampilkan wangian musky dan powdery yang diselitkan dengan nota bergamot, neroli, vetiver dan oak muss.
Agak-agak mana satukah wangian kegemaran BLACKPINK Lisa? Jom tunggu dan lihat apa katanya.