Bio-Oil.
Selepas kehadiran selama sedekad di Malaysia, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini.
Dengan rumusan yang lebih hebat, Bio-Oil kini mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak.
Pengguna boleh terus yakin dengan formulasi Bio-Oil seperti mana yang dipercayai mereka selama bertahun, ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan. Selain itu, Bio-Oil juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.
Bukan itu sahaja, Bio-Oil bukan sekadar untuk masalah kulit tetapi terbukti sesuai juga untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat digunakan oleh wanita hamil yang menghadapi masalah kulit semasa kehamilan seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-lain lagi.
Bio-Oil kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM 79.45).