Di pasaran terdapat pelbagai jenama ultrasonic brush untuk pembersihan kulit muka. Apa yang membuatkan wanita tertawan kepada berus pembersih muka ini?
Sebenarnya berus pembersih muka sangat diminati kerana kesannya yang dapat meningkatkan peredaran darah serta menanggalkan sel kulit mati pada wajah dengan mudah dan selamat.
Berus ini direka khas untuk kulit muka, dan membantu pengelupasan dengan cekap dan menyeluruh. Tetapi penggunaan yang berlebihan boleh menjadi buruk pada kulit.
Bila Guna Berus Muka 5 Hingga 10 Minit
Menurut Dr Ingky, kebanyakan berus pembersih muka menyarankan penggunaan antara 5 ke 10 minit, ini yang akan menyebabkan bahaya pada kulit.
Menggunakan berus lebih kerap daripada yang disarankan, bererti anda mungkin mengalami ruam kerana kulit cenderung untuk sensitif. Bahkan boleh menyebabkan terbakar pada kulit sekiranya anda tidak berhati-hati.
Risiko Pengelupasan
Bila berus digunakan terlalu lama maka risiko pengelupasan pada kulit akan berlaku. Sebagai contoh peranti pembersih muka ini dicipta untuk membantu menghilangkan lapisan kulit mati.
Jadi, bila digunakan melebihi saranan ia akan menarik keluar skin barrier yang selama ini melindungi kulit, dan menyebabkan trauma pada epidermis kulit.
Berlakunya Iritasi Kulit
Bila over exfoliate maka kemungkinan berlakukan iritasi kulit yang berlebihan, seperti kemerahan, noda dan tona kulit tidak sekata. Lebih-lebih lagi jika anda guna berus dengan produk yang mengandungi bahan aktif seperti retinol dan sebarang asid yang kuat.
Kesimpulannya, daripada membeli berus yang mahal apa kata anda tukar rutin penjagaan kulit. Alternatif tukar menggunakan produk pembersih yang mengandungi glycolic acid, salicylic acid, lactic acid atau exfoliating toner untuk menanggalkan sel kulit mati dan melindungi liang pori.
Sebelum nak guna satu produk, pastikan ia baik untuk kulit!