“She’s back!”
Begitu ramai yang teruja tatkala gambar-gambar Bella Hadid di New York menjadi sebaran di media sosial. Ternyata model berusia 26 tahun itu kelihatan lebih sihat dan segar seperti biasa. Apatah lagi dengan pelbagai ancaman yang diterima oleh Bella atas dasar keprihatinan dia terhadap isu Palestin. Ternyata Bella Hadid kekal pagan dengan pendirian diri dan berusaha untuk mengekalkan aura positif kepada peminatnya.
Menariknya tentang kemunculan Bella kali ini, sentuhan fesyen yang minimalis dan trendy tetap menjadi pujaan ramai. Bella Hadid muncul dengan kot labuh, seluar panjang hitam yang dipadankan bersama baju turtle-neck berlengan panjang dan kasut but hitam.
Namun yang paling mencuri tumpuan ialah beg tangan yang dijinjit model tinggi lampai ini. Ia sebuah beg vintaj yang hanya berharga RM150 sahaja! Ia bukan dari jenama mewah atau sebagainya. Tapi dari beg tangan kraf yang diilhamkan seni Nahui Ollin, iaitu konsep kepercayaan dari masyarakat Aztec. Beg ini pula daripada bahan kitar semula seperti kertas suratkhabar dan pembalut plastik gula-gula.
Bagi DIVA ini adalah contoh yang terbaik dari Bella Hadid untuk mempengaruhi orang ramai tentang fesyen. Ia bukan sekadar pada jenama mewah, harga dan status. Beg tangan yang dijinjit Bella kaya dengan seni, kisah dan paling penting tidak mengoyakkan dompet. Beg tangan dengan harga beribu ringgit sekalipun, ia tetap sebuah beg tangan.
Jika di Malaysia,kita boleh memberi sokongan pada industri fesyen tempatan atau seni anyaman Penan atau Batik Malaysia. Dimana DIVA dapat lihat sendiri pelbagai beg tangan dan produk fesyen mengambil inspirasi seni kebudayaan tempatan. Ia mampu menyelamatkan industri fesyen dan pembuatan dari jadi mangsa fast fashion. Idea contoh dan galakan dari selebriti mahupun pempengaruh fesyen amat penting. Sebagai contoh, apa yang dilakukan oleh Bella Hadid.
DIVA amat gembira dengan kemunculan Bella Hadid yang semakin sihat dan ceria. Semoga Bella Hadid kekal dengan momentum sebagai role-model yang terbaik untuk humanity dan positivity.