Sudah menjadi kelaziman orang kita untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan, lebih-labih lagi apabila perjalanan itu mengambil masa lebih berjam-jam sebelum sampai ke destinasi.
Baru-baru ini, gempar dengan penemuan dua orang individu dalam sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan namun yang peliknya, kedua-dua mangsa berkenaan sudah tidak bernyawa meskipun pintu kereta semua terkunci rapi. Bahkan enjin kereta juga masih hidup saat mayat ditemui.
Ramai tidak tahu ada bahana yang menanti apabila seseorang manusia itu tidur dalam kenderaan sambil enjin kereta masih hidup. Untuk kebaikan semua, ini Wanista kongsikan keburukannya.
#1 Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.
#2 Ini kerana, pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.
#3 Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba (sudden death).
#4 Walaupun dengan tingkap dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah.
#5 Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
#6 Jadi kenapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang? Jawapannya mudah. Kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
Hmm… sekarang dah terjawab mengapa ramai pemandu dan penumpang mudah jadi ngantuk sekaligus tertidur dalam kenderaan biarpun sedang memandu.
Rupa-rupanya memang kadar oksigen dalam kenderaan sangat rendah membuat fungsi otak tergendala -apabila darah tidak dapat membawa oksigen secukupnya buat tisu dalam tubuh di samping menghalang penghasilan tenaga yang diperlukan.
Wallahualam. dan selamat beramal! ❤