Baru-baru ini, penyanyi berkumpulan Korea, 2AM yang sempat menziarahi sebuah masjid di Brunei Darussalam telah menjadi topik perbualan hangat di media-media sosial.
Mana tidaknya, foto ahli 2AM, Jinwoon kelihatan segak bergaya dengan persalinan lengkap baju Melayu ketika mengunjungi masjid dan mendengar sendiri laungan azan oleh bilal di sana telah tersebar.
Untuk pengetahuan peminat K-Pop, Jinwoon sedang berada di negara jiran itu bersama beberapa lagi artis popular Korea lain untuk menjalani penggambaran program realiti berjudul “Law of the Jungle”.
Jinwoon turut ditemani lima hos program itu iaitu pelakon Shim Hyung Tak, pelawak dan pelakon Kim Byung Man, pelakon Do Sang Woo, pelakon berdarah kacukan Korea-Australia Sam Hamington dan penyanyi serta pelakon Nam Gyu Ri.
Sumber: MYNEWSHUB.CC