AkzoNobel,syarikat peneraju dalam industri cat, penyaduran dan pengeluar cat jenama Dulux melancarkan versi terbaru aplikasi Dulux Visualizer. Dibangunkan untuk iOS dan Android, Visualizer 3.0 merupakan aplikasi perintis yang menggunakan teknologi inovatif bagi membantu pelanggan melihat, berkongsi dan mengecat secara maya menggunakan warna pilihan mereka.
Visualizer 3.0 didatangkan dengan ciri tambahan baharu iaitu fungsi rakaman video yang membolehkan pelanggan merakam dinding kediaman mereka dan bereksperimen dengan ratusan warna cat berbeza untuk membuat pilihan yang paling sesuai. Pelanggan boleh memilih warna yang diingini dengan menggunakan teknologi pintar Colour Picker dalam aplikasi untuk mencuba dan memadankan warna tersebut pada dinding dengan segera.
Melalui penggunaan teknologi canggih (penambahan realiti dan kesan visual dalam video), Visualizer 3.0 secara serta-merta akan memaparkan hasil akhir apabila sesebuah bilik atau ruang dicat menggunakan warna yang dipilih oleh pengguna.Aplikasi yang telah memenangi anugerah ini dilancarkan pada Mei 2014 dan sejak itu, ia telah dimuat turun lebih 10 juta kali. Versi terbaru Visualizer 3.0 akan ditawarkan di lebih 40 negara pada tahun ini, bermula dengan Belanda, Turki, Perancis, India, Indonesia, Argentina dan Rusia.
Selepas memilih warna yang diingini, pengguna boleh terus membeli cat atau mencari kedai cat berhampiran dengan menggunakan fungsi carian lokasi kedai dalam aplikasi tersebut. Selain itu, pelanggan yang mahukan kepastian mengenai pilihan warna cat mereka boleh mendapatkan pandangan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dengan berkongsi warna yang telah dipilih di media sosial.
Untuk memuat turun aplikasi Visualizer 3.0, pengguna boleh melayari iOS App Store atau Google Play Store dengan menggunakan carian Dulux Visualizer MY.