Bagaimana untuk membuat bulu mata kelihatan lentik dan panjang apatah lagi kekal 12 jam sehari?
Mata merupakan suatu anugerah terindah yang diberikan kepada setiap manusia, untuk itu kita perlu menjaga dan merawatnya. Dengan memiliki mata yang indah, akan membuatkan kita merasa lebih yakin, apalagi bila mempunyai bulu mata yaang lentik, tebal dan panjang.
Hal tersebut akan menambah keindahan dan kecantikan mata. Mempunyai bulu mata yang lentik dan panjang merupakan keinginan bagi setiap wanita, kerana dengan mempunyai bulu mata yang lentik dan panjang akan menambah kecantikan yang terpancar dari wajah kita.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan agar mendapatkan bulu mata yang lentik dan panjang malah langsung tidak perlu touch up bila menggunakan cara ini. Paling penting, no more bulu mata palsu!
Cara genius ini hanya memerlukan cotton bud dan lighter juga masa 30 saat sahaja. Bahagian yang terbaik apabila ianya bekerja dengan baik walaupun untuk bulu mata degil sekalipun.
1. Mula-mula sekali, ambil eyelash curler, seperti yang biasa anda lakukan, cuba tekapkan di bulu mata secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.
2. Ambil cotton bud, gunting bahagian hujungnya seperti yang dilakukan dalam video. Ambil lighter, bakar sedikit secara merata, biarkan seketika bagi sejuk.
3. Uji kepanasan cotton bud di tangan agak tidak terlalu panas bila diaplikasi pada bulu mata.
4. Tekap cotton bud di bulu mata, lakukan dari bawah ke atas secara perlahan-lahan. Anda lakukan sahaja seperti memakai eyelash curler.
5. Akhir sekali aplikasi waterproof mascara. Dah siap! Sekarang bulu mata anda lebih panjang sepanjang hari dan anda tidak perlu lagi untuk touch up.
Tonton video untuk lebih faham.