Susahnya kalau anda mempunyai jenis kulit sensitif. Tak boleh pakai produk sembarangan dan hanya dari bahan-bahan yang betul saja. Takut kalau guna, boleh naik breakout yang hanya merosakkan kulit lagi.
Lagi pula dengan pemakaian pelitup muka setiap hari, kita mungkin mula melihat tanda-tanda pada kulit kita termasuk kemerahan, kekasaran atau tona kulit tidak sekata.
Disebabkan itu, si kulit sensitif disyorkan menggunakan produk yang diakui dan duji dermatologi sahaja. Contohnya fresh Floral Recovery Calming Mask, yang memang dibuat untuk kulit sensitif.
fresh Teruja Dengan Floral Recovery Calming Mask
Jenama unggul Fresh sangat teruja untuk memperkenalkan topeng pertama yang menyasarkan semua tanda sensitif kulit, Floral Recovery Calming Mask.
“Saya sentiasa diilhamkan oleh kuasa semula jadi bunga dan ingin meletakkannya di muka saya sejak pelancaran Rose Face Mask pada tahun 2001. Untuk manfaat calming mask, kami memilih empat bunga iaitu passionflower, cornflower, peony, cherry blossom.
“Setiap satu berupaya untuk menenangkan dan membantu kemerahan, walaupun pada kulit sensitif. Hasilnya adalah kulit yang licin dan tona sekata yang cantik, ” jelas Lev Glazman, pengasas.
Floral Recovery Calming Mask, yang diuji pakar dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit, malah kulit paling sensitif dan terbukti secara klinikal dapat membantu memulihkan daripada tanda-tanda ketidakselesaan yang boleh dilihat seperti kemerahan, tona tidak sekata dan tekstur kasar, meninggalkan kulit anda berasa tenang, cerah dan licin.
Floral Recovery Calming Mask (RM306, 100ml) mula didapati pada 1 Mac di fresh.com/my dan butik fresh Mid Valley. Manakala 10 Mac di kedai Sephora seluruh negara dan www.sephora.my.