Tidak semua orang suka makan bawang apatah lagi bawang putih yang sememangnya menyebabkan nafas dan mulut berbau. Satu lagi bawang putih kalau dimakan mentah boleh membuatkan rasa panas dan tak sebab badan.
Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah, lalu dibawa ke berbagai penjuru dunia. Bawang putih sudah ada sejak 5000 tahun lalu. Pada zaman Mesir kuno, bawang putih dianggap suci kerana dipercayai boleh meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh.
- Foto – Medical News Today
Tidak hanya Mesir, masyarakat Yunani kuno dan Rom juga percaya bahawa bawang putih mempunyai manfaat bagi kesihatan. Orang Korea juga menggunakan bawang putih sebagai ramuan utama dalam masakan mereka.
Walau banyak kebaikan bawang putih, tapi seperti semua makanan yang ada, setiap satunya mempunyai kebaikan dan keburukannya tersendiri, begitu juga bawang putih. Di mana ia turut mendatangkan kesan dari pengambilannya jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
Berikut kesan sampingan bawang ini yang mungkin tidak anda sedari.
Sakit kepala
Bawang putih jika diambil dalam bentuk mentahnya boleh menyebabkan sakit kepala. Ia tidak menyebabkan sakit kepala di tempat tetapi boleh mencetuskan prosesnya. Kajian menunjukkan memakan bawang putih mentah mungkin merangsang saraf trigeminal untuk membebaskan neuropeptida yang masuk ke penutup selaput otak dan menyebabkan sakit kepala.
- Foto – Free Malaysia Today
Muntah dan pedih ulu hati
Antara kesan sampingan bawang ini yang diambil mentah dalam jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan muntah dan juga pedih ulu hati. Oleh itu, untuk mengelakkannya, anda boleh mengehadkan pengambilan bawang putih.
Ruam kulit
Makan lebihan bawang putih boleh menyebabkan kerengsaan kulit dan ruam. Bawang ini mengandungi enzim yang dipanggil alliinase, yang biasanya menyebabkan ruam kulit. Adalah sering dinasihatkan untuk memakai sarung tangan semasa memotong bawang ini, kerana enzim yang sama ada di dalamnya boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal.
- Foto – Healthline
Nafas berbau
Kurang penjagaan kebersihan diri bukan satu-satunya penyebab nafas berbau. Terdapat pelbagai bahan kimia dalam bawang ini yang menyumbang kepada nafas berbau. Oleh itu, sebelum anda berfikir mengunyah roti bawang putih kegemaran anda, pastikan anda mempunyai semburan mulut menyegarkan.
Jangkitan faraj
Adalah penting bagi wanita untuk menjaga kesihatan faraj dengan betul. Salah satu perkara yang penting untuk diingat ketika mengalami jangkitan faraj adalah elakkan makan bawang ini kerana ia dapat memburukkan jangkitan yis dengan menjengkelkan tisu lembut faraj.
- Foto – dessel
Ingatlah, setiap makanan jika diambil dalam jumlah yang berlebihan pasti akan ada kesan sampingan. Jadi nak makan biar berpada-pada.
Selamat Beramal!