Berapa ramai yang setiap kali tiba waktu makan tengahari, anda selesa makan di meja dan langsung tidak keluar?
Atau hanya duduk di meja sepanjang waktu bekerja, langsung tidak bergerak atau keluar menghirup udara segar?
Anda ada masalah dan perlu hentikan habit ringan tersebut, kalau tidak mahu memudaratkan kesihatan kelak.
Tidak mendapat nutrisi yang baik
Nutrisi yang baik amat penting untuk memastikan anda fokus dan boleh menumpukan sepenuh perhatian ketika bekerja.
- Foto – Health
Sukar untuk anda menghasilkan kerja yang produktif dalam perut yang lapar atau makanan yang tidak seimbang atau berkhasiat. Jadi sebelum mula bekerja, ambil sarapan pagi dahulu.
Duduk terlalu lama
Ini tabiat buruk yang paling lazim dilakukan. Namun kajian menunjukkan bahawa tabiat ini akan membawa kepada banyak masalah kesihatan seperri obesiti, diabetis, penyakit jantung dan kematian lebih awal.
- Foto – The Conversation
Satu kajian dari Australia mendapati, individu yang duduk melebihi 11 jam sehari, mempunyai potensi untuk mati lebih awal 40% lebih tinggi berbanding individu yang duduk kurang daripada 4 jam.
Jadi jangan malas untuk bangun selang satu jam. Anda juga boleh berjalan mengelilingi pejabat atau datang berbual sebentar dengan rakan sekerja di mejanya.
Postur badan yang salah
Jika anda duduk di meja terlalu lama, anda akan lebih berpotensi untuk duduk membongkok atau duduk dalam postur badan yang salah. Tabiat ini akan mendorong kepada sakit belakang dan leher. Jadi, duduk dengan tegak, selaraskan telinga, bahu, dan pinggul anda dalam kedudukan menegak.
- Foto – Upright
Waspada apabila anda mengubah posisi duduk, misalnya duduk secara tidak seimbang apabila bersilang kaki. Lakukan sedikit regangan selang satu jam.
Makan tengah hari di meja
- Foto – Digest
Manfaatkan waktu makan tengah hari yang diperuntukkan kepada anda. Pada waktu ini, bolehlah anda menikmati sedikit udara, cahaya matahari dan merehatkan badan dan mata sebentar. Seperkara lagi, jangan gopoh untuk makan, ambil masa anda dan kunyah makanan sebaiknya.
Tidak minum air secukupnya
85% daripada kandungan otak adalah meliputi air dan bekalan air yang berterusan diperlukan dalam menjana semua organ, otot, kulit dan darah untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan air dalam badan akan memberi kesan kepada tekanan darah konsentrasi dan ingatan jangka pendek.
- Foto – Taste of Home
Jadi cuba amalkan minum air atau teh herba sepanjang hari. Untuk menggalakkan amalan ini, letak 1 jag atau botol air berdekatan dengan meja anda.
Selamat Beramal!