Teknik urutan wajah menggunakan batu jed, atau dipanggil Gua Sha semakin mendapat tempat di kalangan wanita.
Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed. Kesan urutan ini menjanjikan muka runcing di samping kelancaran peredaran darah.
Teknik urutan ini memang mempunyai banyak faedah, seperti meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan sakit leher. Tetapi kerana melibatkan gosokan kulit dengan batu, ia boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila anda menekan kulit dengan mengurut mungkin caranya salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.
- Foto – Brightside
Pakar menekankan bahawa anda tidak boleh simply mengurut di seluruh wajah tanpa arah, anda memerlukan beberapa metodologi. Untuk membantu anda melalui rutin Gua Sha, berikut langkah-langkah menggunakan alat ini dengan betul, untuk hasil yang maksimum dan luar biasa.
Nota : Sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha.
1. Mulakan mengurut di kawasan tengah dahi, press secara lembut untuk memberi tekanan. Anda lakukan secara circular motion (membulat) hingga ke garis rambut.
- Foto – coveteur.com
2. Kemudian urut di kawasan sekitar mata. Tarik ke atas hingga ke garisan rambut.
- Foto – coveteur.com
3. Selepas itu, urut di bahagian wajah anda, bermula di tulang pipi, tengah dan dagu. Lakukan secara tarik ke atas hingga sampai ke telinga.
- Foto – coveteur.com
4. Untuk dagu, berikan sedikit tekanan mengurut dan tarik ke atas (upwards motion).
- Foto – Arkib Wanista
5. Untuk mengurut di bahagian leher. anda tarik ke atas secara perlahan. Boleh lakukan sebanyak 5 kali untuk setiap urutan.
- Foto – Arkib Wanista
Tutorial Rutin Gua Sha
Semoga teknik ini dapat membantu anda mendapatkan wajah runcing idaman. Tapi jangan mengurut terlalu kuat yang hanya akan membinasakan kulit.