Bila badan dah berisi dan muka bulat, mula lah dagu pun jadi berlapis. Bila dagu jadi berlapis, mereka terutamanya wanita akan mencari jalan untuk mendapatkan balik garis rahang yang on point!
Nak dapatkan jawline on point, anda boleh lakukan perkara ini!
SENAMAN
#1 Latihan Bola
Bola yang berukuran 9-10 inci diletakkan di bawah dagu anda. Kemudian tekankan dagu anda ke bawah dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
#2 Straight Jaw Jut
Tolak kepala ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Kemudian tolak rahang bawah ke hadapan untuk merasakan regangan di bawah dagu.
#3 Regangan Lidah
Lihat secara lurus ke depan dan julurkan lidah anda sejauh mungkin dan angkat lidah ke atas, ke arah hidung. Tahan selama 10 saat dan ulang semua.
#4 Regangan Leher
Tolak kepala ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Kemudian tekan lidah anda ke arah lelangit. Tahan selama 5-10 saat dan ulang semula.
#5 Bottow Jaw Jut
Tolak kepala ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Pusing kepala ke arah arah dan gerakkan rahang bawah anda ke hadapan. Tahan selama 5-10 saat dan ulang semula dengan kepala berpusing ke arah kiri.
MAKANAN
Selain bersenam, makanan juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan garis rahang anda kembali seperti
- Makan hidangan sayur pada setiap hari
- Makan 3 hidangan buah pada setiap hari
- Gantikan bijirin halus kepada bijirin penuh
- Elakkan daripada makan makanan yang diproses
- Makan protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan
- Makan lemak sihat seperti minyak zaitun, alpukat dan kekacang
- Elakkan makanan bergoreng
- Makan produk tenusu yang rendah lemak
- Kurangkan pengambilan gula
- Kawal kuantiti makanan
Sekiranya anda berjaya melakukan suggestions ini, dalam masa sebulan jawline anda akan kelihatan. Selamat mencuba!