Setiap wanita ingin kecapi mekap flawless tanpa menggunakan banyak alatan. Percaya tak kalau Wanista kata anda boleh dapat mekap flawless dan glowing seperti artis dengan Nudestix Nudefix Creamy Concealer.
Terkenal dengan kosmetik yang mengekalkan kecantikan semula jadi, Nudestix kembali dengan Nudefix Cream Concealer. Concealer serbaguna yang bukan sahaja menyembunyikan ketidak sempurnaan tetapi menawarkan pelbagai ekstrak botani yang mempunyai faedah kecantikan.
- Foto – Arkib Wanista
Pengasasnya Taylor Frankel menterjemahkan kosmetik ini memudahkan kehidupan harian kita. Di mana anda mempunyai 5 minit, dan bergegas ke pejabat atau meeting… dengan hanya dap kawasan yang ada cela, kemerahan atau tompok gelap, anda terus yakin melangkah.
Wanista rumuskan apa faedah yang anda bakal peroleh jika memilih untuk membeli Nudestix Nudefix Creamy Concealer.
Guna Bahan Yang Super-Hero
Nudestix Nudefix Cream Concealer menggunakan bahan-bahan super-hero yang hebat seperti:
- Foto – Arkib Wanista
- Sweet Berry – bahan aha yang semula jadi
- Articum Lappa Extract – mikrobioma kulit yang seimbang secara semula jadi
- Super-Gel Technology – melicinkan penampilan garis dan melicinkan tekstur
- Hyaluronic Acid – untuk hidrasi dan menggebukan kulit
Tersedia Faedah Merawat Kulit
Pengguna bahan-bahan berkualiti membantu untuk menyembuh sambil menyembunyikan noda dan cela kulit, tompok kegelapan dan kemerahan.
- Foto – Arkib Wanista
Esktrak botani membantu dengan cara menghidrat, menenang serta mencerahkan kulit. Bila aplikasi ke muka, terus terasa glowing dan lembap semula jadi, bagaikan artis Korea idaman.
Shade Yang Variasi
Tekstur Nudestix Concealer adalah ringan, bebas minyak, tidak mengeringkan dan kekal sepanjang hari, malah kemasan nude menjadikan mekap natural langsung tidak cakey.
- Foto – Arkib Wanista
Semua 13 variasi warna Nudestix Concealer boleh didapati di semua kedai Sephora di seluruh negara dengan harga RM137.00 setiap satu.
Mekap Tutorial Menggunakan Nudestix
Info lanjut atau nak beli, boleh ke Instagram Nudestix.