Sepasang influencer di luar negara membuat majlis meneka jantina anak dengan menggunakan menara Burj Khalifa, iaitu menara paling tertinggi di dunia.
Pasangan influencer iaitu Anas dan Asala Marwah memilih untuk menggunakan menara tertinggi di Dubai ini, menjadi saksi jantina anak kedua mereka.
Guna Menara Burj Khalifa Dedah Jantina Anak
Anas dan Asala merupakan pasangan influencer yang lain dari lain, idea menggunakan menara Burj Khalifa untuk mendedahkan jantina anak belum pernah di buat oleh sesiapa lagi hatta ahli ternama mahupun dikalangan kerabat diraja sendiri.
Idea mengumumkan jantina anak menggunakan menara tertinggi ini merupakan pertama kali di dunia, Anas dan Asala telah mencipta rekod luar biasa di dunia.
Nafi Bayar RM415,750.00 Untuk Guna Burj Khalifa
Pasangan enfluencer ini nafi membayar $100,000.00 atau RM415,750.00, untuk menggunakan menara Burj Khalifa untuk majlis dedah jantina anak mereka.
Ingin Abadikan Saat Bersama Keluarga Dengan Cara Tersendiri
- Foto – Arkib Wanista
Tidak menghiraukan spekulasi dan kontroversi yang dilemparkan oleh orang lain, Anas dan Asala hanya mahu mencipta saat bahagia bersama keluarga tersayang dengan mengadakan majlis seperti ini.
Dan ianya memberi kenangan yang indah buat kedua pasangan bersama anak perempuan mereka dan juga sanak-saudara serta sahabat handai yang meraikan saat bahagia ini.
Burj Khalifa Beri Ucapan Tahniah
Menjadi satu-satunya pelanggan rare membuat majlis teka jantina anak menggunakan menara tertinggi di dunia ini, Burj Khalifa tampil memberi ucapan tahniah kepada kedua pasangan enfluencer ini di laman Twitter.
https://twitter.com/BurjKhalifa/status/1303682520832266241
Memang hebat pasangan influencer ini, luar biasa cara mereka dedahkan jantina anak kini satu dunia mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan dan ramai yang memberi restu semoga pasangan ini bahagia serta selamat melahirkan bayi lelaki mereka.